Category Archives: health protection

Cerita Gula..

Gula Naik Lagi??? Jangan Panik!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ini cutting paper lama..keratan akhbar pada 15/11/2009, The Star, muka depan. Mungkin ada yang perasan dan apa yang saya perhatikan, The Star memang selalu bagi info yang berguna kepada orang ramai terutamanya untuk bacaan hujung minggu.  Banyak lagi artikel yang saya perolehi daripada The Star cuma belum berkesempatan untuk dikongsikan bersama disini.  Hari ini saya nak kongsikan berkenaan gula sbb tertarik dengan status aunty saya di facebook beliau yang berkaitan GULA.
(Jangan risau, anda bukan salah website..anda ditempat yang betul).

Mesti pelik bukan..apa kaitan GULA dengan blog ni?? Sebab blog ini tempat saya buat perkongsian yang memfokuskan kepada pendidikan dan pendedahan tentang insurans (of course menjurus kepada produk daripada Prudential)..

Sebelum soalan anda itu saya jawabkan, mari kita baca, bincang dan lihat dulu apa isi yang cuba disampaikan oleh The Star ni.

Muka hadapan, part yang paling penting..muka belakang, belakang cerita ok..hehe..Saya pasti semua rakyat Malaysia sudah sedar dan mengetahui fakta dan informasi bahawa kes kematian disebabkan oleh gula lebih tinggi daripada kadar kematian akibat kes kanser dan AIDS….

Gula memang penting untuk tubuh badan kita, tapi bila di ambil berlebihan atau apabila kita semakin tua, kadar insulin yang dihasilkan oleh tubuh kita semakin berkurangan, sedangkan kadar pengambilan gula kita tak pernah kurang, malah kita kurang bersenam, menyebabkan gula dalam darah akan bertambah…jadi ibu segala penyakit (part ni saya selalu dengar bukan sahaja dari mulut doktor sendiri bahkan daripada org ramai yang sedia maklum info berkenaan).

Ibu segala penyakit?….Dulu saya langsung tak paham..itu dulu..tapi sekarang baru saya faham…Bila dah ada kencing manis, sakit jantung pun boleh datang, dan darah tinggi pun akan singgah…tak cukup itu, lepas tu….penyakit buah pinggang pun senang nak melekat…Saya tak nak cerita panjang lebar bab tu sebab anda boleh dapatkan lagi info lanjut berkenaan artikel dari keratan akhbar ni atau search kat website The Star, archive, mungkin anda boleh jumpa lagi berita ini.

Ok, apa yang saya nak cerita adalah, kaitannya dengan Insurance atau dengan lebih spesific Medical Card.  Ini pengalaman saya, pada 3 bulan lepas, ada seorang client nak mohon/apply insurans+medical card.  Umur beliau dalam lingkungan awal 30-an. Dalam 2-3 tahun lepas pernah suspect batu karang, tapi dah clear (tanpa operation). Hanya ikut jadual makan ubat, tunggu batu karang pecah and keluar ikut salur kencing. Jadi, disebabkan oleh itu, client berkenaan ada rekod kat hospital panel Prudential.

Since tak buat pembedahan/operation, beliau kena buat urine test and the result, semua ok (clear from batu karang)..TAPI timbul masalah lainlah pulak.  Beliau disahkan ada glucose dalam air kencing..So, kena buat blood test pulak.  Sekali blood test siap dia punya laporan, bacaan gula nearly 7.0.  Akibatnya, decline medical card.  Appeal punya appeal, try mohon punya mohon pun tak dapat.  Jadi, itu lah hakikatnya…

Saya memang sedihlah jugak sebab tak dapat nak membantu client dapatkan medical card.  Tapi, nak buat macam mana kan..Anda semua sudah sedia maklum bahawa syarikat insurance/takaful bukanlah wellfare/badan kebajikan, diaorang ni buat business.  Perniagaan/Business cover orang yang sihat apabila diorang sakit. Bukan dah sakit baru nak dicover…

Daripada pengalaman dan kajian yang dibuat (saya buat kajian jugak tau..), average/purata, kalau dah cecah umur 40-an, biasanya kandungan gula dalam darah dah mula tinggi (tak semua lah..yang pastinya macam tu lah).  Jadi, better cari medical card secepat mungkin sebelum kena buat ME (medical examination) wajib selepas umur 55 tahun.

DAN..kepada yang kerja dengan syarikat yang ada menyediakan kemudahan medical card, mungkin anda akan kata, tak perlu lah sebab sekarang ini company dah cover…YA! betul, tapi bila dah company tak cover (bersara wajib) dan kalau masa tu dah pernah dapatkan rawatan masa kat kerja kat company lama disebabkan kena kencing manis, kemungkinan besar utk jadi kes mcm yang saya cerita di atas adalah sangat tinggi. So, bersedia sebelum ianya berlaku…😀

 

Zulhafizan Jamel  |  PAMB

Rakan Insurans Bertauliah Anda!!

 

Tagged , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu PRUguard my family?

pruguard my family malaysia

Kali ini saya nak kongsikan satu lagi pelan kepada anda semua..Tapi pelan ini lain sikit..Kena baca sampai habis baru anda tahu..hehe

Daripada nama PRUguard my family, adakah ianya pelan perlindungan kesihatan dan perubatan untuk keluarga? Jawapannya – TIDAK..

Sebenarnya, pelan PRUguard my family adalah satu pelan khas di mana pelan ini hanya ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang berdaftar..Tak kira kecik atau besar..

Pendahuluan/Intro

Setiap syarikat kebanyakkannya memberikan faedah kebajikan seperti kemudahan rawatan pergigian, rawatan klinik dan juga insurans berkelompok.  Dan kebanyakkannya juga, syarikat hanya memberikan kemudahan kebajikan General Insurance sahaja untuk perlindungan  kakitangan mereka.  Tapi yang malangnya, General Insurance mempunyai banyak kelemahannya (disadvantage).

Kelemahan/Keburukan (Disadvantages) General Insurance

1. Tiada jaminan pembaharuan / Non guaranteed renewal – Setiap tahun syarikat perlu membuat pembaharuan untuk semua kakitangan mereka. / Every year need to re-apply.

2. Bayaran permium meningkat setiap tahun / Premiums increase every year

3. Pihak Insurans berhak untuk tidak melindungi pemegang polisi untuk tahun seterusnya jika ada tuntutan yang dibuat melebihi daripada had yang diberikan oleh pihak insurans berkenaan / Insurance company have right not to cover you the next year if the claim made is more than insurance company expected.

4. Perlindungan yang diberikan TERHAD dan hanya berkuatkuasa selama mana kakitangan berkenaan masih berkhidmat.  Sekiranya kakitangan berkenaan berhenti, diberhentikan atau pencen, perlindungan secara automatiknya terbatal / Protection limit within the company, if the staff quit or retired, then protection stop.

Kita sendiri dapat melihat kelebihan dan kelemahan yang sekarang rasanya anda ada milikinya daripada syarikat tempat anda bekerja..Kalau syarikat masih belum menyediakannya untuk anda, teruskan membaca kerana selepas ini anda akan lebih gembira untuk memberi tahu majikan anda tentang PRUguard my family ini.  Anda mesti mahukan yang terbaik bukan??

Syarikat-syarikat diluar sana ada menyediakan kemudahan insurans kepada kakitangan mereka tetapi dalam kajian yang kami buat, walaupun dah diberikan percuma oleh syarikat, kebanyakkannya masih membeli/memohon utk Life Insurans yang lain sebagai back-up..

Mengapa???

Ini kerana, perlindungan daripada insurans kelompok atau general insurance daripada syarikat tpt bekerja akan terhenti apabila kakitangan syarikat berkenaan (syarikat tpt anda bekerja contohnya) dibuang kerja, berhenti atau bersara/pencen.  Oleh kerana itu, kakitangan yang sedia maklum perkara berkenaan telah bersedia awal utk bertindak sebelum terlambat dengan membeli/memohon insurans persendirian dengan membayarnya menggunakan gaji bulanan mereka sendiri.

Insurans Nyawa/Life Insurance adalah mahal, terutamanya untuk keluarga.

Insurans nyawa dengan kad perubatan dalam lingkungan Rm150 sebulan/seorang.  Bayangkan jika satu keluarga ada 5 org ahli.  Si bapa, ketua rumah, akan membayar sebanyak RM150 x 5 orang bersamaan RM750 sebulan hanya utk perbelanjaan insurans.

Adakah majikan anda sedar bahawa kakitangan mereka membeli/memohon insurans lain utk diri mereka dan keluarga mereka ?  Jika anda seorang majikan yang baik dan memahami kakitangan anda, adakah anda sebagai majikan bersedia untuk membantu kakitangan anda untuk mengurangkan bayaran bulanan insurans mereka tanpa mereka perlu membayar satu sen pun? 

Kepada para majikan diluar sana, ini yang anda perlu tahu dan buat keputusan !!

pruguard my family malaysia

Untuk pengetahuan umum, PRUguard my family adalah produk/pelan insurans yang sama seperti insurans nyawa yang ada di pasaran sekarang, contohnya pelan PRUhealth.  TETAPI, PRUguard my family hanya boleh diperolehi melalui kerjasama/partnership di antara syarikat dengan Prudential sahaja.  Syarikat yang berminat dan mahukan pelan terbaik ini perlulah memohon untuk membuat kerjasama strategik dengan Prudential barulah pihak Prudential membuka ruang permohonan untuk produk/pelan ini kepada kakitangan syarikat berkenaan.

Apa yang best sangat produk/pelan ini?  Mesti itu yang anda nak tahu lebih bukan?? PRUguard my family memberikan 30%-50% lebih murah daripada biasa.  Jika dulu seorang bapa kepada 5 ahli keluarga membayar RM750 sebulan untuk insurans semua ahli keluarganya, dengan PRUGuard my family, bayaran bulanan hanya serendah RM370 dengan jaminan perlindungan yang sama.

Kelebihan PRUguard my family / Advantages of PRUguard my family.

1. 30% – 50% lebih murah / cheaper than usual.

2. Jaminan pembaharuan setiap tahun / Guaranteed-renewal

3. Jaminan perlindungan diteruskan walaupun kakitangan syarikat anda bersara ataupun anda sebagai kakitangan berhenti kerja/meninggalkan syarikat berkenaan / Protection still continue after retirement or when you are leaving the company.

4. Bayaran premium bulanan tidak meningkat setiap tahun / Premiums not increasing yearly.

5. Isteri, ibubapa dan anak-anak boleh menyertai program ini sekali / Spouse, parents and kids can participate in this program

Sekarang para majikan tahu dan sedar bahawa PRUguard my family adalah pelan yang terbaik dan lebih baik daripada pelan General Insurance yang ada di syarikat mereka sekarang. 

ADAKAH PARA MAJIKAN AKAN MEMBAYAR UNTUK PRUguard my family?

YA!! Tambahan, para majikan akan menerima 10 tahun diskaun servis percuma, sekiranya mereka membayar kepada lebih daripada 50 polisi untuk kakitangan mereka.

Apa pula yang ada dalam PRUguard my family ni? / What include in PRUguard my family plan?

1. Manfaat pampasan kematian / Death Benefits

2. Manfaat pampasan 36 jenis penyakit kritikal / 36 Critical Illness cover

3. Manfaat pampasan kematian dalam kemalangan dan ketidakupayaan akibat kemalangan / Accidental Death and Disablement

4. Kad Perubatan bernilai sehingga Rm1,500,000 seumur hidup / Medical card up to RM1,500,000 per life time

5. Pilihan PRUguarg mylady untuk wanita.  Perlindungan untuk penyakit yang berkaitan kanser dan penyakit wanita yang lain / Optional PRUgard my lady for lady. Coverage for women related cancer and illness.

Maklumat lanjut – hubungi saya, Zulhafizan Jamel 016-8584305 atau email di zulhafizan079@prupartner.com.my

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kami sarankan anda perlu dapatkannya dengan segera!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, setakat hari ini saya menerima banyak panggilan telefon dan juga email daripada mereka yang masih tercari-cari plan insurans yang menepati citarasa dan keperluan mereka..Saya juga berasa amat gembira kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka ini.  Mungkin hari ini tiada apa yang kita dapat lihat.  Insya Allah, mungkin satu hari nanti, dengan apa yang kita lakukan sekarang akan memperolehi manfaatnya.

Bagi saya, saya bertindak sebagai orang tengah yang membantu anda untuk mempermudahkan urusan anda untuk mendapatkan pelan jaminan perlindungan insurans kepada diri dan keluarga anda.  Mungkin proses ini akan jadi lebih mudah kepada anda untuk memahami apa sebenarnya yang anda perlu lakukan dan apa yang perlu anda tahu.  Jika tidak, anda seumpama membayar setiap bulan kepada sesuatu pelan insurans yang anda sendiri tidak tahu apa manfaat yang anda akan dapat dikemudian hari. Akhirnya anda berpendapat dan merasakan simpanan yang anda lakukan setiap bulan tidak berbaloi dan menipu diri anda.

Lebih baik anda bersedekah daripada memberi/membayar kepada pelan tanpa memberikan manfaat yang anda perlukan untuk diri anda.  Tapi sejauh mana kita pada zaman sekarang sanggup untuk bersedekah dengan jumlah wang yang sama setiap bulan??? Tepuk dada tanya selera..RM100 minimum setiap bulan utk disedekahkan kepada orang ramai..Ianya tidak salah tetapi berat bukan..?? Lainlah jika kita ada lebihan yang kita ikhlas utk dermakan setiap bulan..

Jadi, dipendekkan cerita, kami di Prudential amat menyarankan kepada semua yang bekerja sendiri, mempunyai perniagaan sediri, surirumah, anak-anak anda, pekerja yang mencari perlindungan insurans yang terbaik dan bernilai tinggi, para persara yang belum mencapai usia 60 tahun ke atas dan juga para kakitangan awam untuk mempertimbangkan pelan yang ditawarkan ini.  Amat berbaloi dan amat bermanfaat.  Ini bukan omongan kosong ya..!!

APA ITU PRUclinic care?

Pruclinic care daripada Prudential adalah pelan yang pertama seadanya wujud di Malaysia yang menawarkan pelan yang memberi kemudahan untuk pesakit luar secara individu dimana PRUclinic care boleh digunakan di mana-mana 1900 cawangan klinik panel (General Practitioner) dan klinik pakar swasta seluruh Malaysia dengan manfaat yang diluar jangka.
Yang paling menarik adalah, PRUclinic care ialah satu medical card yang ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR SATU SEN PUN UNTUK BIL KLINIK ANDA!! 100% DI TANGGUNG PENUH OLEH PRUDENTIAL.  CASHLESS!!

MENGAPA PRUclinic care SANGAT ISTIMEWA?

Saya senaraikan beberapa manfaat terbaik yang ditawarkan kepada anda yang mahu memiliki PRUclinic care ini :

1.  Ada lebih 1900 buah klinik panel yang menyertai program ini di seluruh Malaysia termasuklah klinik di hospital pakar.

2. Confirm memang tiada cash/tunai diperlukan untuk membayar bil dan ubat anda.  Tiada ko-insurans dan tiada bayaran pendahuluan.  Hanya tunjukkan kad PRUclinic care dan Mykad anda sahaja.

3. Tiada masa menunggu. Maksudnya, apabila permohonan anda lulus untuk memiliki kad PRUclinic care ini, anda terus boleh menggunakannya..Sakit perut ker, demam ker, selesema ker, sakit gigi ker, pening2 ker, apa2 jer lah (yg dikategorikan sebagai sakit ringan) anda boleh terus rujuk dengan mana-mana doktor di klinik yang anda pilih (tapi pastikan klinik berkenaan menyertai program ini – sebagai klinik panel)..Jgn pulak sakit hati nak guna kad ini ye..doktor tak layan nanti..kalau hati tu rosak dan sakit, itu boleh..hehe gurau saja ye..

4. Perlindungan Komprehensif dimana segala kos “consultation”, rawatan dan kos ubat-ubatan ditanggung sepenuhnya dan di bayar oleh kad PRUclinic care anda.  Best bukan??

5.  Tiada limit/had untuk jatuh sakit dan berjumpa doktor anda kerana anda layak untuk menggunakan RM1,500 nilai kad PRUclinic care anda.  RM1,500 setahun dan tahun seterusnya nilai akan bertambah semula.

 

SIAPA YANG BOLEH MENDAPATKAN PELAN TERBAIK INI?

Semua rakyat Malaysia layak memohon.  Bermula dari umur 2 tahun sehingga umur 60 tahun (next birthday).

Sekali lagi saya sebagai Quality Agent daripada Prudential menyarankan kepada semua yang bekerja sendiri, mempunyai perniagaan sediri, surirumah, anak-anak anda, pekerja yang mencari perlindungan insurans yang terbaik dan bernilai tinggi, para persara yang belum mencapai usia 60 tahun ke atas dan juga para kakitangan awam untuk mempertimbangkan pelan yang ditawarkan ini.  Amat berbaloi dan amat bermanfaat.

 

DIMANA KESELURUHAN KLINIK PANEL BERKENAAN?

Disebabkan terlalu panjang senarai berkenaan dan ruang disini amat terhad, saya sukar untuk menyenaraikannya disini.  Ada 1900 buah klinik yang perlu disenaraikan.

Jadi, sekirannya anda mahu membuat semakan adakah klinik berhampiran anda adalah salah satu klinik panel Prudential, saya amat berbesar hati membantu anda.  Hubungi saya di talian 016-8584305 (Zulhafizan Jamel) atau email kepada saya di zulhafizan079@prupartner.com.my

 

BAGAIMANA PROSES PENGGUNAAN KAD PRUclinic care INI?

PRUclinic care amat mudah dan senang digunakan.  Hanya perlu tunjukkan PRUclinic care anda di kaunter klinik yang anda pergi, tunggu giliran, dapatkan rawatan dan ambil ubat. Siap!! Yang lainnya kami di Prudential akan “settle”kan .. 100% kos ditanggung sepenuhnya.  Dijamin..!!

BERAPA YANG PERLU DIBAYAR DAN BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN “QUOTATION”?

Untuk pertanyaan lanjut serta “quotation” percuma, sila hubungi,

Zulhafizan Jamel di talian 016-8584305 atau sila hantar email ke zulhafizan079@prupartner.com.my
Jangan lupa sertakan bersama butiran asas yang berikut di dalam email anda.  Terima kasih.
a)      Nama Penuh
b)      Umur
c)      Pekerjaan (Jawatan yang dipegang)
d)      Status (Merokok atau Tidak Merokok)
e)      Lokasi anda (cth. Kuching, Sarawak)
f)       No. Tel (yang mudah untuk dihubungi)
g)      Bajet anda (cth. RM100 sebulan)
Tagged , , , , , , , , , , , , ,

Hutang – Bebanan? atau Trend Ulangan?

Salam sejahtera semua..Kali ini, saya akan biarkan anda sendiri menilai gambar yang saya kongikan.  Anda sendiri lihat dimana kedudukan anda, termasuklah diri saya sendiri sekarang ini.  Adakah hutang menjadi bebanan yang semakin berat kepada diri dan keluarga kita ataupun ianya hanya satu trend ulangan yang semua org akan lalui sehingga penghujung kehidupan mereka.

Persoalan ini mungkin pelik tapi inilah hakikatnya.  Hutang semakin bertambah, bebanan juga semakin berat.  Gaji & pendapatan yang anda terima sekarang adakah mencukupi atau semakin berkurangan?  Anda amat pasti yang anda dapat hadapi saat genting ketika perlukan sejumlah bantuan kewangan utk saat masalah kewangan timbul nanti?  Mungkin pada saat anda membaca artikel saya ini anda akan kata “Ya, saya dapat bersedia..” Alhamdulillah kerana anda pastinya sudah merancang kewangan anda dengan baik.  Tp, jika terdetik dihati anda menyatakan bahawa anda belum bersedia, masih belum ada ruang utk membuat simpanan kecemasan atau mencarum didalam pelan Insurans/Takaful, anda perlu merujuk perkara ini dengan SEGERA !!..

Cuba letakkan diri anda dalam gambar ini. Cuba fahami apa yg saya cuba sampaikan.  Bayangkan sekiranya anda pergi dahulu meninggalkan ahli keluarga anda atau ditakdirkan anda tidak mampu utk bekerja akibat kemalangan. BAGAIMANA DENGAN APA YANG BERADA DISEKELILING ANDA??

 

Saya sedia membantu. Saya bukan paksa anda. Saya hanya mahu anda sedar dari dilemma.  Sekurang-kurangnya sebelum apa-apa berlaku diluar jangkaan kita, kita sudah bersedia sedikit daripada langsung tiada persediaan. Mungkin dengan simpanan yang anda buat sekarang akan membantu ketika anda ditimpa kejadian yang tidak diingini.

Renung-renungkan…

 

Zulhafizan Bin Jamel
Rakan Insurans Anda
016-8584305 | zulhafizan079@prupartner.com.my

 

 

Tagged , , , , ,

PRUclinic care Yang Terbaik Untuk Anda!!

PRUclinic care – 1st In Town & The Best In Town..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..Terima kasih kerana sudi singgah ke laman blog saya sekali lagi.  Keutamaan saya adalah untuk memberikan informasi terkini sambil berkongsi dan membantu mereka yang memerlukan bantuan berkaitan insurans/takaful.

Pastinya saudara-saudari sekalian pernah mendengar mengenai bil rawatan klinik swasta kini boleh ditanggung oleh syarikat insurans? cerita ini sudah tersebar ke seluruh Malaysia dan mungkin ada segelintir sahaja yang masih belum mengetahuinya.  Tak apa, saya akan ceritakan sedikit sebanyak secara ringkas dan mudah difahami.

Sekarang ni, hampir semua syarikat ada memberikan manfaat klinik panel kepada kakitangan mereka dan saya pasti anda salah seorang daripadanya yang pernah menggunakan kelebihan tersebut.  Kalau sakit je, demam atau sakit yang tidak terlalu serius, anda boleh ke klinik panel yang disediakan oleh syarikat.  Dapat rawatan dan ubat-ubatan secara percuma sbb suma bil syarikat yang bayarkan..betul kan??

Syarikat Besar – banyak lah klinik panelnya..

Syarikat Kecil – sikit lah klinik panelnya..biasanyalah..

Sekarang ni dah keluar satu medical card baru daripada Prudential.  Anda boleh guna/pakai di mana-mana Hospital Swasta seluruh Malaysia dan juga yang terbaiknya, boleh digunapakai di 1900 buah klinik seluruh Malaysia (yang kini menjadi klinik panel Prudential)..Lepas ni, nak dapatkan rawatan kecil-kecil seperti kes demam, batuk, cirit-birit, muntah-muntah, sakit belakang, terpijak paku, jatuh basikal, terhiris jari dan macam-macam lagi lah sakit ringan tu, YANG TAK MEMERLUKAN ANDA DITAHAN DI WAD (tak payah admit), anda boleh guna kad ni tanpa perlu membawa cash untuk membayar bil rawatan.

Anda nak ke tak?  Kalau saya, for sure memang NAK!!!

OK, kad yang saya maksudkan tu adalah PRUclinic care..

APA YANG ANDA AKAN DAPAT ? APA KELEBIHANNYA ?

1.  Keselesaan.  Anda tak perlu risau sebab banyak klinik di Malaysia menyertai kami sebagai klinik panel.  Ada 1900 buah klinik kesemuanya sehingga hari ini..cukup banyak tu..(yang dari semenanjung datang melancong ke Kuching, kalau sakit tak payah risau, klinik kat Kuching terima penggunaan kad anda).

2.  CASHLESS.  Tengah bulan poket kosong sbb budget dah fixed.  Ngam-ngam kena demam.  Tak perlu risau sbb anda hanya perlu bawa kad PRUclinic care sahaja dan semuanya settle.  No more cash needed!! Tak perlu..

3.  Had Tahunan Yang Tinggi.  Kalau budget anda utk tabung kecemasan kegunaan utk ke klinik, sebulan anda ada RM100, dengan kad ini anda ada RM1500  TERJAMIN!! Cukup ke tak?? Banyak tu..

4.  Perlindungan Sepanjang Masa.  Pusat perhubungan pelanggan bersedia membantu anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu..Terbaik kan??

Macammana? Persoalan?..Ok, seterusnya – Apakah yang dimaksudkan dengan PRUclinic care ini?  Apa sebenarnya kemudahan kad perubatan terbaik ini??
PRUclinic care – adalah satu bentuk rider (manfaat tambahan) di dalam pelan investment-linked anda (yang sudah memiliki polisi investment-linked insurance dengan Prudential) dan boleh digunakan dimana-mana sahaja seluruh Malaysia..Asalkan klinik berkenaan adalah klinik panel Prudential..TETAPI..ada tapinya..untuk mendapatkan rider (manfaat tambahan) ini, anda kena lah ambil dulu medical card, samada PRUhealth ataupun PRUflexi med.

Apa tunggu lagi, rugi tak ambil sekarang dan lagi rugi kalau anda biarkan sahaja keperluan yang anda tahu kelebihannya.  Anda tahu apa yang anda perlu..anda tahu apa yang perlu anda lakukan dan anda tahu rugi besar kalau dilewat-lewatkan kerana kemudahan seperti ini hanya dapat diambil ketika kita sihat sahaja..kalau esok dah sakit, rugi lah..takkan dapat nak ambil dah..

Kalau malu nak bercakap dengan saya, anda boleh sms..kalau nak tanya panjang, anda boleh email saya..Pastinya anda akan dilayan secara VIP.  Jangan tunggu lama sbb anda pasti tidak akan menyesal..

Zulhafizan Jamel
Prudential Wealth Planner
016-8584035
zulhafizan079@prupartner.com.my

 

TERKINI Di Pasaran!! Anda Boleh Milikinya SEKARANG!!

Terkini !!! PruClinic Care Card…

PRUclinic care

A medical card that gives you the basic healthcare that you deserve.

What is PRUclinic care?

PRUclinic care is a regular premium investment-linked medical rider which covers medical expenses incurred at any of our panel general practitioner clinics.
Benefits:
  1. Great convenience – With so many panel clinics nationwide, you’ll always find a clinic near your area! Please click here to locate your nearest clinic.
  2. Cashless claims process – Making a claim has never been easier. Using this medical card, your visit to the panel clinic to completely cashless – no coinsurance or deductibles!
  3. High benefit amount – PRUclinic care covers your medical cost at any panel GP clinics for up to RM1,500 per year!
  4. 24-hour support – our dedicated call centre is available 24 hours a day, 7 days a week.

How can I take up PRUclinic care?

You can take up PRUclinic care when you purchase any of our PRUhealth or PRUflexi med plans.

How long is this benefit valid?

PRUclinic care will cover your clinical needs for two years. Premiums are payable throughout the duration of the plan.

Who can Apply?

This plan is for those who are aged between 1-60 years old next birthday.

How much premium do I need to pay?

Please refer to the table above for our affordable premiums!

Call / SMS or Email to me for further information.  Any enquiries or application, please do not hesistate to call/sms me.  Your needs is my priority.  Appointment can be made at any time convenient to you.

Zulhafizan Bin Jamel | 0168584035 | zulhafizan079@prupartner.com.my

Company Dah Cover..Tapi Masih Perlu Medical Card…??

Pernyataan ini memang selalu saya dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan.  Mereka berpendapat, Buat apa ambik plan medical insurans/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited… atau ada juga yang bagitau saya, Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu ambik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambik

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurans yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited.

Betul, kadang-kadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)….limitnya adalah…

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak?

Seterusnya jawapan anda..“Haaa, masa tu baru le amik medical card..”….jawapan saya “…Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you ambik medical card ni kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik ambik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”

 

KEDUATak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampailah anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk ambik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Kau tahu dari awal ke yang kau akan kena sakit ni?….” atau “Kau memang nak ke, sakit ni terkena kat kau”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena ambik medical card sekarang. Kalau jawapanya ya….anda tak perlu ambik medical card tu sekarang, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa akan datang. Jadi, apabila anda tahu anda nak sakit je, baru anda ambik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes seperti di bawah ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, agent insurans/takaful dan syarikat insurans boleh cari client yang sihat. Tapi, anda tidak boleh cari insurans yang nak cover orang yang dah sakit.

 

Sekadar berkongsi pengalaman.
Untuk pengetahuan anda semua, saya ada seorang client yang buat claim pembedahan batu karang, kos rawatan cecah Rm 20,000 di salah sebuah hospital swasta di Kuching, Sarawak. Kemudian dapat pula elaun hospital dan elaun bedah hampir RM 6,000. Dengan caruman Rm 150 sebulan, dia mampu untuk mendapatkan rawatan yang terbaik, dan tidak terjebak dengan hutang. Sebaliknya, dapat duit elaun lagi.

Selain itu, ada beberapa lagi client saya yang lain yang buat claim pembedahan apendiks, pembedahan lutut dan juga tonsil..semuanya senyum kerana tidak mengeluarkan sesen pun wang dari poket mereka bahkan semuanya ditanggung beres dan poket pula diisi dengan elaun-elaun yang mereka dijamin akan menikmatinya..*ada yang memberi komen bahawa tidak takut utk jatuh sakit..

Sekiranya nak tahu bagaimana plan PRUlink one Prudential ni boleh bantu anda, hubungi saya di 016-8584305 (Zulhafizan Jamel) *SMS pun akan dilayan..atau emailkan maklumat anda ke zulhafizan079@prupartner.com.my untuk dapatkan quotation percuma. Atau masuk sini : https://prudentialforyou.wordpress.com/174-2/

Sekian.

Medical Card Beri Lebih Pilihan Untuk Kakitangan Kerajaan….

Untuk tatapan semua:

KERAJAAN MALAYSIA
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 21 TAHUN 2009
PERATURAN PERMOHONAN PERBELANJAAN KEMUDAHAN PERUBATAN

TUJUAN

1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan peraturan permohonan perbelanjaan bagi kemudahan perubatan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan yang menerima pencen serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan.

12. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan yang diperolehi di hospital/ klinik swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut:

(i) mendapat rawatan di hospital/ klinik swasta yang paling hampir dengan tempat kejadian kecemasan kerana tiada hospital/ klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan tempat kejadian kecemasan tersebut; dan

(ii) rawatan yang diperolehi merupakan rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan

(iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh Pakar Perubatan hospital/ klinik swasta mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan

(iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 2/09 seperti di Lampiran A; dan(v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.”

 

Kalau kita lihat statement di atas, memang orang kerajaan boleh dapatkan rawatan di hospital swasta….tapi, perlu penuhi syarat2 seperti dalam pekeliling terlebih dahulu…

Jadi, apa yang ingin ditekankan disini adalah…bagaimana MEDICAL CARD personal (yang staff kerajaan carum sendiri)…boleh dijadikan sebagai satu pilihan (alternative)….sekiranya perlu mendapatkan rawatan di Hospital Swasta dengan segera….

Mengenai pekeliling di atas, memang nampak mudah, tapi proses sebenar, saya tak rasa ia semudah apa yang dibaca…jadi, tak rugi pun kalau staff gomen ada medical card sendiri. Saya sendiri mempunyai ramai staff kerajaan yang amik plan Prudential berserta medical card…alasan?…kalau perlukan rawatan di hospital swasta, tak perlu banyak karenah birokrasi dan sebagainya….sebab kita bayar sendiri…

Jadi, kalau masih ada yang beranggapan staff gomen tak perlu langsung medical card, tanggapan itu tak salah, masing2 punya pendapat….dan masing2 punya kepercayaan. Sebabnya, kalau sesuatu musibah menimpa, orang yang ditimpa musibah yang akan menghadapinya….bukan orang lain…

Jadi, fikir2kan lah….kalau bukan sekarang pun, buka minda anda untuk mendalami selok belok pelan medical yang ada di pasaran, untuk kebaikkan anda sekeluarga…

Fikir-fikirkan…Selamat Hari Raya…

Mengapa Perlu Ambil Medical Card Sekarang??…..

Mengapa SEKARANG??

Salam dan Selamat Pagi semua…Hari yang ke-20 kita berpuasa dan tinggal beberapa hari lagi semua umat islam seluruh dunia akan meraikan sambutan hari kemenangan iaitu Hari Raya Aidil Fitri..Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan tahun ini, semua yang dirancang berjalan dengan lancar..Syukur..

Hari ini saya nak share sedikit info pasal kenapa perlu amik medical sekarang???  Tanggungjawab saya untuk berkongsi serta memberitahu anda semua apa yang saya rasa perlu dan harus..Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card ni tak penting, mungkin sebab masih bekerja di syarikat/jabatan yang ada menawarkan manfaat medical kepada staffnya.  Tapi….persoalannya….sampai bila company nak tanggung and berapa banyak company nak tanggung?..

1. Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan? Dan kita pulak asyik MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.

Jadi, kalau jadi kes mcm ni berapa lama company boleh tanggung kita?  Company nak simpan lagi ke orang-orang yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC sahaja?  Kalau kita sebagai Director company, kalau ada pekerja kita mcm ni, berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC sahaja, kemudian kerja dia tak siap. Sampai company terpaksa hire orang lain, dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita?  Masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja?  So, mcm mana?…

Sebagai pekerja pulak, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card?  Untung le kalau dapat..Kalau x dapat??
2. Minyak naik, kita boleh elakkan beban minyak naik dengan naik motorsikal atau naik kenderaan awam. Barang naik? Pun kita boleh kurangkan atau pilih barangan yang kurang naik. Toll naik? Kita boleh elak juga, ikut jalan yang toll free.

Tapi, pernahkah kita terfikir, bahawa ‘PERSARAAN’ kita daripada bekerja akan tetap sampai. Dijamin akan sampai (kalau panjang umur). Adakah kita berfikir yang umur kita takkan mencecah 55 tahun dan masa tu kita terpaksa bersara atau kalau nak sambung pun secara contract. Itu pun kalau khidmat kita bebetul diperlukan. Kalau khidmat kita tidak diperlukan disebabkan tenaga muda yang lebih productive dan gaji lebih rendah menggantikan tempat kita, kita tidak dapat mengelak untuk BERSARA.  Jadi, masa tu baru nak amik medical card?  Kalau sihat, ok, kalau dah sakit?  Mcm kes no 1 di atas lah jadinya. Pihak Insurans/Takaful pulak akan menetapkan pelbagai syarat. Medical Check up la. Kena loading la. Exclusion la dan sebagainya.

Selama sihat tak pernah buat medical check up, sekali umur 55, konon2 nak cari medical card…kena medical check up. Sekali habis medical check up baru tahu kita ada mcm2 penyakit. Hypertension, masalah kardiovaskular, kencing manis tinggi dan lain2 lagi, semuanya akan dikesan. Masa tu baru nak ambik?….rasa2nya, harga medical card masa tu sama ke dengan masa sekarang?

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara, “MUDA SEBELUM TUA, SIHAT SEBELUM SAKIT, LAPANG SEBELUM SEMPIT, KAYA SEBELUM MISKIN dan HIDUP SEBELUM MATI”

Ok, ini pulak muka depan The Star 27/05/2007.  Muka depan rakan2 sekalian..bukan muka tengah atau muka belakang. Rasa-rasanya lah, kalau keluar depan paper, penting ke tak penting..atau sensasi atau tidak sensasi. Cuba tengok, kadar Inflasi bagi Medical setahun 15%. Maknanya kalau kita lambat beli medical card, tahun depan, harga medical dah jadi 15%extra.  Sebab tu anda disarankan kena ambik sekarang.  So, cuba fahamkan, apa yang The Star ni cuba terangkan kepada kita semua.


Tambah sikit lagi, kalau sebelum ni saya ada beritahu, minyak naik, barang akan naik, minyak turun, barang tak turun. Sekarang minyak dah turun, tapi, barang tetap naik, termasuklah cost rawatan dan medical insurance. Jadi…jangan berlengah-lengah lagi..
Luangkan masa utk bertanya..bukan untuk orang lain tetapi untuk diri dan keluarga anda sendiri.

 

Zulhafizan Jamel  | Penasihat Kewangan & Insurans Anda..

Kenali lebih dekat apa itu Insurans/Takaful nyawa (life insurance)..

Apa itu insuran nyawa/takaful nyawa (life insurance)?

Menanggung anda dan nyawa anda terhadap risiko kematian,kesakitan,ketidakupayaan dan memasuki wad hospital.

Apa itu kad perubatan Prudential (medical card)?

Kad perubatan/medical card ialah pelan yg memberikan perlindungan KOMPREHENSIF dengan cara membayar segala kos perubatan anda tanpa menggunakan wang tunai. Dapatkan ketenangan jiwa bila anda benar-benar memerlukannnya!

Bagaimana Kad Perubatan Prudential Berfungsi?

Jom kita ikut cerita ini…

Bermula dengan cerita Encik Azman.  Azman berumur 25 tahun dan bekerja sebagai seorang Jurutera di Kuching, Sarawak.  Gaji RM2500 sebulan.  Cukup makan cukup pakai.  Azman menyimpan RM500 sebulan untuk perancangan perkahwinannya untuk 5 tahun lagi.  Jadi Azman akan ada RM30K pada 5 tahun kemudian.

Cukup 5 tahun, Azman sudah ada RM30K.  Tiba-tiba panas cerah yang dirasa tidak sampai ke petang.  Azman mengalami tekanan darah tinggi. Dia berjumpa dengan doktor pakar dan doktor menasihatkannya untuk melakukan pembedahan kerana arteri Azman telah tersumbat kerana kolesterol.  Biasalah orang bujang, selalu makan di kedai mamak dan kurang bersenam.

Azman memerlukan RM50K untuk pembedahan, mana nak cari ya? Tiada cara lain, Azman terpaksa keluarkan simpanan perkahwinannya RM30K dan berhutang dengan kawan- kawan dan saudara mara RM20K.

Alhamdullilah, semuanya ok. Tetapi Azman terpaksa tangguhkan perkahwinan, malah terpaksa berhutang.  Adakah ini hidup yang anda mahukan??? Pasti tidak bukan??

 

Bagaimana jika Ali ada kad perubatan Prudential?

Azman menyimpan RM300 untuk perkahwinan dan RM200 untuk insurans & kad perubatan.  Cukup 5 tahun Azman ada RM18k.  Masalah pembedahan RM50K selesai dengan kad perubatan.  Kad perubatan Azman mempunyai had sebanyak RM1 juta.  Azman boleh mengunakan kad perubatannya & mendapat perubatan terbaik tanpa perlu risau berapa kos nya.

Selesai pembedahan, Azman mampu melangsungkan perkahwinannya dengan RM18K. Cukup atau tidak RM18K?

RM200 sebulan yang Azman bayar untuk insurans & kad perubatan bukan sekadar bayaran, malah ia adalah simpanan dan pelaburannya.  Setelah 5 tahun bersama Prudential, Azman mempunyai RM10K di dalam insurans & kad perubatannya.  Azman boleh mengeluarkan wang ini untuk belanja perkahwinannya, RM18K(simpanan biasa) + RM10K(simpanan dalam insurans & kad perubatan) = RM28K.

Kahwin dapat.  Sekarang dah sihat.  Hutang pun tiada… 🙂

 

Apa manfaat lain yang Ali dapat dengan RM200 sebulan dengan Insuran & kad perubatan dari Prudential?

Pampasan Kematian

Pampasan RM100K jika berlaku kematian/cacat kekal
Pampasan RM100K jika kematian/cacat kekal  disebabkan kemalangan

 

Kad Perubatan Prudential

Dana kecemasan RM1,000,000 untuk bayaran perubatan.

Penyakit biasa seperti demam panas, h1n1, denggi, sakit mata atau apa-sapa sahaja penyakit & kemalangan seperti jatuh dan sebagainya, yang menyebabkan di hospitalkan, semua akan dicover bukan sekadar penyakit kronik.

*belum lagi termasuk PRUclinic care – kad khas utk kegunaan penyakit ringan (minor)..Nilai Rm1,500 setahun, boleh guna di 1900 buah klinik seluruh negara.

 

Elaun Harian Wad

Azman juga akan mendapat RM300 sehari jika diwadkan ke dalam hospital sebagai elaun harian di wad. Contoh: Azman duduk dalam wad selama 7 hari = 7 x 300 = RM2100.  Selain itu,Azman juga mendapat elaun pembedahan sebanyak RM2500.  Jumlah keseluruhan elaun yang Azman dapat ialah RM2100+RM2500=RM4600.  Semua elaun ini akan dibayar oleh PRUDENTIAL kepada Azman.

 

Pampasan 36 Penyakit Kritikal

Jika Ali terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal,dia akan mendapat RM50k secara tunai.

 

Penyakit Kritikal

1 – Serangan jantung
2 – Penyakit koronari arteri(saluran darah) yang memerlukan pembedahan.
3 – Strok.
4 – Kanser.
5 – Kegagalan ginjal (buah pinggang).
6 – Punyakit lumpuh / paraplegia.
7 – Pemindahan organ utama (buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, sum-sum tulang)
8 – Sklerosis pelbagai / berbilang (saraf)
9 – Hepatitis virus fulminan (kegagalan hati).
10- Hipertensi arteri pulmunari utama (saluran jantung utama).
11- Koma.
12- Buta.
13- Penggantian injap jantung.
14- Pembedahan aorta.
15- Penyakil alzheimer (mental).
16- Hilang pendengaran / pekak.
17- Hilang kebolehan bertutur.
18- Kebakaran parah (sekurang-kurangnya 20 % permukaan badan).
19- Penyakit membawa maut.
20- AIDS akibat pemindahan darah (bukan seksual atau dadah).
21- Penyakit motor neutron.
22- Penyakit Parkinson.
23- Penyakit hati yang kronik.
24- Penyakit paru-paru yang kronik.
25- Anemia plastik (kegagalan sum-sum tulang).
26- Distrofi otot.
27- Poliomielitis (virus polio).
28- Meningitis bakteria.
29- Tumor otak benigna (otak).
30- Ensefalitis (otak).
31- Full blown AIDS.
32- Lain-lain penyakit koronari arteri yang serius.
33- Pembedahan otak.
34- Sindrom apalik (otak).
35- Trauma kepala utama.
36- Kehilangan tangan atau kaki.

 

Polisi Insuran & Kad Perubatan PERCUMA

Jika Azman terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal atau cacat kekal, dia tidak lagi perlu membayar RM200 sebulan sampai bila-bila kerana PRUDENTIAL akan bayarkan untuk Azman supaya dia akan terus menikmati manfaat seperti sedia kala.

Berminat?

Sila hubungi saya di sini atau tinggalkan butiran anda di bawah dan saya akan hubungi anda semula dengan secepat mungkin.

KENAPA WANITA PERLU ADA INSURANS SENDIRI??

Semakin hari semakin sibuk..Begitulah kehidupan seharian kita.  Kali ini, artikel yang ditulis ini ditujukan khas kepada para wanita diluar sana, temasuklah yang sedang membaca artikel ini, khususnya untuk orang yang dah berkahwin dan umumnya untuk semua wanita (samada sudah berkahwin atau belum)…Cuba baca cerita ini dulu…

Apa yang dikongsikan disini adalah kisah benar dan bukannya rekaan.  Jauh sekali niat nak menakut-nakutkan, tapi hakikatnya….itulah yang berlaku pada zaman sekarang..Mungkin ada yang nampak dan mungkin juga ada yang terlepas pandang.
Saya juga seorang lelaki dan saya juga punyai seorang isteri.  Kisah-kisah begini bila saya terbaca, terdengar, terlihat, saya takut dan mudah-mudahan saya tidak jadi seperti lelaki/suami dalam kes berkenaan.

Cuba cik-cik dan puan-puan bayangkan keadaan ini…bagaimanakah persediaan kita. Kalau berlaku juga kepada kita, dari segi emosi, tiada siapa yang dapat membantu. Akan tetapi, dari segi kewangan, ada caranya untuk orang lain bantu.

Saya ingin kaitkan kisah ini dengan KENAPA WANITA AMAT MEMERLUKAN PERLINDUNGAN INSURANS/TAKAFUL.. contohnya dari segi:-

1- Pampasan lumpuh (sama ada disebabkan penyakit / kemalangan) dan pampasan penyakit kritikal.

Kenapa saya tak sebut pasal pampasan kematian?..sebab rata2 kalau wanita amik perlindungan takaful, tak nak amik manfaat kematian banyak2 sebab “Takut suami guna duit pampasan tersebut untuk kahwin lain”.…jadi, saya ingin tekankan pulak, kalau lumpuh (total permanent disability)…bagaimana?…siapa yang lebih perlukan duit sebenarnya?..diri kita atau suami?…

Jadi, sekiranya ada persediaan kita dari segi kewangan, sekurang-kurangnya sebahagian masalah dapat kita selesaikan…berapa amount yang diperlukan?, bergantung kepada keperluan dan kemampuan masing2…(kalau nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya : 016-8584305 (Zulhafizan Jamel), saya boleh ajar macam mana nak menentukan berapa amount yang patut kita amik).

Lihat sekali lagi kisah di atas, wanita yang sakit berkenaan pergi ulang alik ke hospital menaiki bas. Dan pada masa yang sama, terpaksa ambil cuti selama 9 bulan.  Kira nasib baik majikan boleh bagi cuti dengan gaji jalan.

Tapi, biasanya, kalau cuti sampai 9 bulan (kerja swasta), berapa lama agaknya majikan nak bayar gaji kita penuh?..anda boleh fikir sendiri.  Nasihat saya, jangan hanya nak bergantung kepada orang sahaja.  Kalau majikan beri kita cuti dan bergaji, Alhamdulillah, tapi kita perlu fikirkan keadaan yang paling teruk, kalau majikan tak berikan gaji?..bagaimana?…sebab tu, kita perlu rancangan kewangan kita sendiri.

Jadi, kalau kita ada perlindungan insurans/takaful yang ada manfaat yang saya sebutkan di atas tadi, kita mungkin menghadapi cabaran nak ke hospital (siapa yang nak hantar atau ambil)…tapi sekurang2nya kalau anda ada “RM”, Insyallah ramai yang sanggup bantu. Kalau takde “RM” itu yang kita akan rasa begitu perit nak mengharungi masalah seorang diri.

 

2- Medical Card (sumber kewangan untuk tanggung kos rawatan kita).

Siapa tak pernah dengar dan tak tahu adanya benda ni? Yang ini pula sangat penting…Sebab apa?…nak dapatkan rawatan memerlukan kos. Boleh pergi ke Hospital Kerajaan (mungkin rawatan dapat percuma), tapi, kalau kita dah biasa dengan keselesaan semasa kita sihat (nak2 pulak yang kerja executive atau management)kita nak kena kena beratur seawal pagi untuk mendapatkan rawatan, dan apa yang sedih kadang2, kita dah datang, Doktor pulak ada emergency case dan kita perlu datang pada masa yang lain.

Jadi,kalau kita ada medical card, kita boleh pilih kat mana kita nak buat rawatan. 

Pilih Doktor mana yang kita prefer untuk rawat kita.

Kemudian, kita tak perlu habiskan duit simpanan kita untuk membiayai kos rawatan, dan ianya boleh digunakan utk tujuan lain (perbelanjaan harian kita dan sebagainya)..

Sebab kalau kena seperti di atas, dah sakit, suami pulak tinggalkan kita, siapa yang nak tanggung perbelanjaan harian kita?…perbelanjaan harian kita tak boleh claim daripada manfaat medical….dan kalau kita sakit dan perlukan rawatan, adakah kita dapat diskaun kalau kita beli barang keperluan harian?..atau dapat percuma disebabkan kita sakit?…kalau ada, bertuah le kita…tapi hakikatnya?….anda semua boleh fikir bukan?

Setakat ini saya belum tunjukkan lagi contoh-contoh claims daripada mereka yang dah dapatkan insurans dariapada saya.  Dan jangan pulak nak tunggu saya tunjukkan semua itu baru nak percaya.

Akhir sekali, saya amat mengharapkan anda dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan terutamanya kaum wanita, makcik2, akak-akak, saudari-saudari, adik2 perempuan sekalian. Kalau anda tak berkemampuan, usahalah sesuatu untuk mendapatkan perlindungan kewangan (insurans/takaful) untuk anda sendiri….sebabnya, kalau betul-betul berlaku, siapa yang akan menderita sebenarnya?…anda boleh bayangkan sendiri.

Fahami betul-betul mesej yang ingin disampaikan pada keratan akhbar di atas…

Kalau anda ingin tahu mengenai plan PRUlink one atau PRUlady daripada Prudential, anda boleh hubungi saya di 016-8584305 (Zulhafizan Jamel) atau email : zulhafizan079@prupartner.com.my .  Kalau anda nak cari product yang sama seperti yang saya beritahu tadi tetapi dari syarikat lain…anda boleh cari agent2 yang berkenaan.

Anda yang menyimpan, anda yang akan mendapat manfaat. Kami sebagai agent, sebagai penasihat dan pemudahcara sahaja.

Sekian..

Zulhafizan Jamel.

Penasihat Insurans dan Rakan Insurans Anda.

Kakitangan Kerajaan Pun Memerlukan Medical Card…

Artikel kali ini saya petik dari laman web rakan seperjuangan dalam bidang insurans jugak.  Saya cuba sampaikan dengan ringkas dan mudah difahami.  Sejak dahulu lagi, ramai yang beranggapan, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar.  Tapi tidak semuanya percuma.  Ada kes-kes yang pesakit, walau kakitangan kerajaan sekali pun, mereka terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Sebagai contoh, kita rujuk/lihat sahaja surat rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di bawah ini.

Ini membuktikan, ada kalanya walau pun kakitangan kerajaan, tetap memerlukan medical card/kad perubatan.  Selain daripada itu, anda pasti pernah mendengar kes-kes dimana untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu giliran sehinga berbulan-bulan lamanya (nak bedah appendiks pun kena tunggu sampai 2-3 hari).  Bagaimana penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera?…sanggup untuk tunggu dan berserah begitu sahaja?….

Oleh itu, rakan-rakan, para pembaca sekalian, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu….jangan kita dah lah tidak tahu, tidak mahu ambil tahu pula….

Tak susah pun nak ambil tahu bagaimana medical card ini dapat membantu anda disaat anda memerlukan rawatan perubatan.  Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi…kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi?…sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat.  Saya umpamakan medical card ini seperti “Tayar Spare” dalam but kereta kita.

Cuba kita fikirkan, kenapa kita asyik usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor pun. Jawapan standard yang akan diberikan….langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga tayar spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi…..”Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah”….

Jadi, samalah juga keadaan medical card, oleh kerana kita tak tahu bila kita sakit, sebab itulah kita perlu ada medical card.

 

Apa fungsi medical card ni sebenarnya?…

1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad..tak kisah sakit apa pun kecuali sakit2 yang dikecualikan…(dalam posting seterusnya saya akan kongsikan apa sakit2 yang dikecualikan)

2- Paling penting, medical card ni bayar bil hospital terus ke hospital, kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecualilah kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim).  Jadi, kalau kita ada insurans atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim.

Kalau bil sampai puluh-puluh ribu, mana nak cari duit?..atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur?…lepas tu, claim pulak…kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang?….Sebab tu cari yang ada medical card. Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk Co-Insurans atau Co-Takaful. (10% daripada jumlah kos rawatan tertakluk kepada min RM 300 maximum RM 1,000) tapi sekarang dah ada pilihan untuk tidak perlu membayar Co-Insurans lagi dah (rujuk posting berkenaan PRUflexi med atau posting Medical Card Prudential).

3- Walau pun kena Co-Insurans atau Co-Takaful, plan PRUlink one cthnya, disertakan sekali elaun hospital…, jadi kalau satu hari elaun Hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah.  Jadi, walau pun kena co-insurans, anda jangan risau, plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.

Satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang, tapi tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.

Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana?…atau kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza?…Fikir2kanlah….

Kalau cikgu pun minta derma, tak terfikir kita, kalau kita kerja kerajaan, kemungkinan perkara yang sama mungkin berlaku kepada kepada kita. Pepatah Melayu ada mengatakan…“Sudah terhantuk baru nak mengadah..”.  Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah la…tapi, dalam kes medical card ni, dah sakit baru nak ambil medical card….boleh, tapi lulus atau tidak belum tentu lagi.

Sebabnya…tengok pulak contoh surat kat bawah ni.  Boleh mencarum RM 300 sebulan, tapi syarikat Insurans reject….sebab dah ada macam-macam penyakit.  Nak try apply company insurans/takaful lain pulak?…..apply le kalau boleh dapat…saya ucapkan semoga berjaya…

Akhir sekali, rakan-rakan sekalian, para pembaca yang saya hargai sekalian, sanak saudara yang dikasihi, anda fikirkanlah.  Apa yang saya ceritakan, bukan omong2 kosong atau rekaan saya semata-mata.  Semuanya saya sertakan dengan bukti.  Masuk 2 tahun saya jadi agent, alhamdulillah, dah ramai keluarga yang saya bantu selesaikan bil hospital mereka. Kalau tidak, tak pasal-pasal mereka ini mungkin berhutang dengan credit card berpuluh2 ribu.

Sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai plan ini, anda boleh memohon quotation secara online dengan menghantar email ke email saya zulhafizan079@prupartner.com.my (saya akan terus reply kerana email sentiasa di tangan saya).

Atau sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh call saya terus 016-8584305 (Zulhafizan Jamel) atau email di zulhafizan079@prupartner.com.my

*semua email or sms saya akan cuba layan secepat mungkin.

Senarai Penyakit KRITIKAL Dan Penyakit SPESIFIK

Semua sedia maklum apa itu Penyakit Kritikal & Penyakit Spesifik bukan?  Kali ini saya cuba kongsikan kepada semua senarai penyakit-penyakit berkenaan.  Penyakit Kritikal diklasifikasikan dalam 36 jenis penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi.  Anda boleh semak semula polisi anda (yang pastinya diterangkan dalam english).  Senarai penyakit kritikal adalah seperti berikut (diterjemahkan dalam bahasa melayu):-

PENYAKIT KRITIKAL

  1. Serangan Jantung
  2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
  3. Strok
  4. Kanser
  5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
  6. Penyakit Lumpuh
  7. Pemindahan Organ Utama
  8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
  9. Hepatiti Virus Fulminan
  10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
  11. Koma
  12. Buta
  13. Penggantian Injap Jantung
  14. Pembedahan Aorta
  15. Penyakit Alzheimer
  16. Hilang Pendengaran / Pekak
  17. Hilang Kebolehan Bertutur
  18. Kebakaran Parah
  19. Penyakit Membawa Maut
  20. AIDS Akibat Transfusi Darah
  21. Penyakit Motor Neuron
  22. Penyakit Parkinson
  23. Penyakit Hati Yang Kronik
  24. Penyakit Paru-Paru Kronik
  25. Anemia Aplastik
  26. Distrofi Otot
  27. Poliomielitis
  28. Meningitis Bakteria
  29. Tumor Otak Benigna
  30. Ensefalitis
  31. Full Blown AIDS
  32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
  33. Pembedahan Otak
  34. Sindrom Apalik
  35. Trauma Kepala Utama
  36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

*penerangan lanjut satu-persatu jenis penyakit berkenaan saya akan kongsikan dalam posting yang akan datang.

Nota Penting :

Perlindungan bermula serta merta selepas polisi lulus (approved) bagi kemasukkan ke hospital akibat kemalangan. Tetapi perlindungan bagi sebab-sebab lain hanya bermula 30 hari selepas polisi lulus.

PENYAKIT SPESIFIK

Perlindungan bagi penyakit-penyakit tertentu (Specified Illness)akan bermula 120 hari selepas polisi lulus. Senarai penyakit tertentu adalah seperti berikut :

  1. Batu karang di dalam sistem kencing atau hempedu
  2. Hipertensi atau Penyakit Kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
  3. Diabetes Mellitus
  4. Semua jenis ketumbuhan, cyst, polips atau kanser (barah)
  5. Pembedahan sinus, septum hidung atau tonsil
  6. Hernia, buasir atau fistula
  7. Endometriosis atau difungsi pendarahan uterin

Ini peringatan yang teramat penting (sebab disini puncanya salah faham).  Syarikat tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sedia-wujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan semasa membuat permohonan insurans atau takaful (jadi jangan sembunyikan informasi yang diperlukan apabila ditanya oleh agen anda).

Jika anda menerima rawatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan dengan caj yang dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda bermastautin di luar negara melebihi 90 hari bagi setiap perjalanan.

 

Sekian.

Dapatkan plan perlindungan kewangan PRUlink one daripada Prudential.  Plan Komprehensif terbaik untuk anda sekeluarga. Boleh hubungi saya : 016-8584305 (Zulhafizan Jamel) untuk khidmat nasihat kewangan percuma.

 

Tanya Diri Anda Sekarang !!!

Kecederaan Boleh Berlaku dan Penyakit Boleh Menyerang Tanpa Sebarang Amaran.

“Adakah Anda dan Keluarga Di Lindungi Insurans? “

Tahukah Anda Rawatan yang Tepat dan Cepat Merupakan Antara Cara Yang Terbaik Untuk Memastikan Kecederaan atau Penyakit Yang Dialami Tidak Memudaratkan.

Dengan Kos Perubatan Moden Yang Semakin Meningkat, Mendapatkan Rawatan Yang Boleh Menyelamatkan Nyawa Tidak Harus Bergantung Kepada Simpanan atau Wang Tunai Anda Semata-mata.

Pastikan Kos Rawatan dan Perubatan Anda Tidak Menjadi Masalah Ketika Anda Memerlukannya Dengan Insurans Perubatan dan Kesihatan atau Takaful Perubatan dan Kesihatan.

ADAKAH ANDA DILINDUNGI??

Ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi Mengapa Masih Ramai Yang Tidak Melindungi Diri dan Keluarga Seperti Melindungi Harta Benda Mereka?

Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan Takaful Mungkin Tidak Dapat Menjamin Masa Depan Yang Cerah Untuk Anda, Tetapi Sekurang-kurangnya Perlindungan dan Bantuan Yang Diperlukan Anda dan Keluarga Dijamin Ketika Anda Memerlukannya.

SOALAN :

Apakah polisi yang anda miliki? Sudahkah anda membeli polisi insurans untuk diri anda? Adakah majikan anda menyediakan insurans hayat dan perubatan untuk anda? Bagaimana dengan keluarga anda? Isteri atau suami anda? Anak-anak anda? Adakah mereka dilindungi?

JAWAPAN :

Jika anda menjawab tidak, inilah masanya untuk anda merancang langkah seterusnya dengan teliti. Nilai sejauh mana anda dilindungi sekarang dan apa yang anda perlu lindungi.

BOLEHKAH KELUARGA ANDA MENERUSKAN KEHIDUPAN TANPA ANDA??

Kehidupan kita di dunia adalah singkat. Mungkin anda telah memastikan keluarga anda terpelihara jika anda pergi dahulu, tapi adakah ia mencukupi? Insurans Hayat dan Pelan Takaful Keluarga Dapat Menjamin Daripada Segi Kewangan dan Boleh Memberi Mereka Perlindungan Kewangan Tambahan Untuk Meneruskan Kehidupan Setelah Anda Tiada. Dan dengan polisi seperti insurans berkaitan pelaburan dan pelan pendidikan anak, keluarga anda pasti akan mendapat perlindungan menyeluruh.

TANYA DIRI ANDA SEKARANG!!!

Apa akan berlaku sekiranya Perkara-Perkara Berikut Terjadi Pada Diri Anda, HARI INI

+ Kemalangan
+ Disahkan Menghidap Penyakit Kritikal
+ Meninggal Dunia
+ Lumpuh Atau Hilang Upaya Kekal

Bagaimana anda dan keluarga menghadapi situasi ini? Apa Yang Akan Berlaku Terhadap Isteri, Anak-anak dan Ibu Bapa Anda? Sudahkah Anda Membuat Persediaan Yang Secukupnya? Jika Belum, Biar Kami Yang Menguruskannnya Untuk Anda.

“Jangan Biarkan Diri dan Keluarga Anda Menderita Kerana Sikap TIDAK PEDULI Anda “

Dengan Hanya Dari RM3.50 SEHARI, Anda Sudah Mampu Memiliki Pelan Insurans dan Kad Perubatan Prudential.

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI PELAN INSURANS DAN KAD PERUBATAN PRUDENTIAL ??

+ Pelan Komprehensif 3 Dalam 1 (Perlindungan, Simpanan dan Pelaburan).
+ Diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan diawasi oleh Panel Syariah.
+ Kemudahan Pengeluaran Caruman.
+ Manfaat Perkongsian Keuntungan Mudharabah (70:30).
+ Perlindungan dan Caruman Tetap Sehingga Umur 80 Tahun.
+ Dana Dilaburkan di Kaunter Yang Diluluskan Syariah.

KAD PERUBATAN PRUDENTIAL (MEDICAL CARD)

+ Perlindungan Sehingga Umur 100 Tahun.
+ Had Seumur Hidup Yang Tinggi (RM150,000 hingga RM1,000,000)
+ Kebebasan Memilih Hospital dan Doktor.
+ Lebih 50 Hospital Panel di Seluruh Malaysia.
+ Perlindungan 24 jam di Seluruh Dunia.
+ Jaminan Pembaharuan Setiap Tahun.
+ Bil Perubatan Akan Dibayar Terus Kepada Hospital oleh Pihak Prudential.

PELAN INSURANS DAN KAD PERUBATAN PRUDENTIAL – MANFAAT UTAMA

+ Kad Perubatan PRUflexi med – RM1,000,000.00
+ Manfaat Kematian – RM100,000
+ Manfaat Hilang Upaya Kekal – RM100,000
+ Manfaat Penyakit Kritikal – RM50,000
+ Pampasan Kemalangan – RM50,000
+ Elaun Tunai Hospital – RM150/hari
+ Elaun Tunai Pembedahan – RM2,500
+ Elaun Tunai ICU – RM250/hari
+ Manfaat Pendapatan Tahunan – RM5,000/tahun
+ Dana Pendidikan Anak – RM35,000 (Apabila mencapai usia 25 tahun)
+ Simpanan / Pelaburan – RM50,000 (Anggaran jumlah simpanan selama 30 tahun)
+ Pengecualian Sumbangan – Bayaran Caruman Dikecualikan Jika Pencarum Menghidap Sakit Kritikal, Meninggal Dunia atau Hilang Upaya Kekal.

36 PENYAKIT KRONIK DAN KRITIKAL

1. Serangan Penyakit Jantung
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Kelumpuhan /Paraplegia
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang
9. Hepatitis Virus Fulminan
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Percakapan
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Kronik
24. Penyakit Paru-paru Kronik
25. Anaemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Eusefalitis
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya (Full Blown AIDS)
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom ‘APPALIC’
35. Kecederaan Kepala Utama
36. Kehilangan Anggota Badan

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku?

 Sudahkah anda menyediakan tabungan untuk masa depan pendidikan anak-anak anda?

Jika belum, Bertindaklah Sekarang. Jangan Berlengah Lagi. ” Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tiada Gunanya ”

KAMI DI PRUDENTIAL SENTIASA BERSEDIA UNTUK MEMBANTU ANDA MENGHARUNGI HARI-HARI YANG SUKAR.

Kepada para pengunjung yang berminat untuk mendapatkan khidmat rundingan dan ‘Quotation’ PERCUMA, sila SMS atau EMAIL  butir-butir berikut kepada saya:

Nama Penuh:
Tarikh Lahir:
Alamat:
No.H/P:
Pekerjaan:
Smoking Status:
Insurans Budget:

** Caruman Minimum untuk Pelan Insurans + Kad Perubatan Prudential Pruhealth atau PRUflexi med adalah RM100. Namun Yang Demikian Saya Mencadangkan caruman hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 5-10% daripada Gaji Bulanan, Caruman RM100 Lebih Sesuai Untuk Pelan Kanak-Kanak Sahaja.

*** Akan datang tidak lama lagi – PRU clinic care.

ZULHAFIZAN BIN JAMEL

+6016 858 4305  |  zulhafizan079@prupartner.com.my

PRUDENTIAL ASSURANCE MALAYSIA BERHAD (PAMB)

Bantuan & Pertanyaan?

SMSKAN [ INFO ]_[Nama Anda] Ke +6016-8584305 Untuk Saya Hubungi Anda.

Latest : Kad Perubatan TERKINI – PRUclinic care

3 generasi sudah berlalu dan kini Prudential tetap berdiri kukuh dengan sokongan pelanggan yang sentiasa mempercayai kelebihan kami. Slogan kami kini tidak asing lagi – “Sentiasa Mendengar, Sentiasa Memahami” | “Always Listening, Always Understanding”, kini sekali lagi mendengar permintaan rakyat di Malaysia dan kini mengeluarkan Kad Perubatan TERBARU yang boleh digunakan bila-bila masa di 1900 klinik/GP seluruh Malaysia; TANPA PERLU ADMITTED, CASHLESS DAN MUDAH.  Coverage sehingga RM1,500 setahun.

Jangan Terkejut Dahulu !!!

Bagaimana ianya berfungsi?? Lihat contoh ini.
Contoh:

Jika anda ke klinik kerana demam, anda hanya perlu membawa Kad Perubatan Terkini – PRUclinic care + Mykad.  Anda akan dirawat seperti biasa oleh doktor di klinik yang anda pergi (*ingat, lihat dulu tanda PRUclinic care di luar klinik).  Setelah selesai sesi ‘consultation” atau pemeriksaan oleh doktor, ambil ubat dan kemudian balik.  TAK PERLU BAYAR KE?  YA, ANDA TAK PERLU BAYAR SESEN PUN !!!

Anda hanya hanya “swipe” kad perubatan anda sahaja…semuanya telah dibayar dan anda menikmati manfaat CASHLESS!!!

Untuk info anda semua,Prudential adalah syarikat insuran pertama yang mengeluarkan kad sebegini!!! YA! Satu-satunya di pasaran yang dijangkakan akan dilancarkan pada bulan hadapan…Berminat?

SMS ke 016-8584305  atau email kepada saya di zulhafizan079@prupartner.com.my

Siapa tak nak beli rumah..kan??

Semakin hari semakin rancak pembangunan disekitar kita..Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang terlalu sibuk untuk memikirkannya..Persoalannya, jika di tanya, adakah anda memiliki impian untuk membeli rumah idaman?  Semua mst ada jawapannya yang tersendiri.  Pendek kata, siapa yang tak nak beli rumah kan..??

Tengok ni..rumah macam ni rasa-rasanya dah cecah juta kalau ikut harga pasaran sekarang ni..Mereka yang mampu tak jadi masalah untuk memilikinya kan…TAPI…ada tapi tu..jap, teruskan dulu yang ni…

Yang dibawah ni pulak, rasa-rasanya ramai dah mampu sekarang ni walaupun dah hampir sejuta tu..bekerja keras dan usaha gigih nampak kat situ..hasilnya dapat selesa duduk dalam rumah ni..wahhh…best kan..

Bagi mereka yang dalam kategori yang tengah nak upgrade tu, dapat duduk kat rumah macam ni pun rasanya dah cukup bagus..terlepas jugak dari panas terik dan hujan lebat kan..bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini..Sekarang ni banyak dah rumah seperti ini dibina untuk mereka yang kurang berkemampuan..

Sekarang saya nak sambung part TAPI tadi tu..sebelum nak beli, adakah kita sudah fikirkan tentang ‘insurance coverage’ bagi rumah tersebut?? Adakah anda tahu strategi perlaburan hartanah yang anda sedang lalui..??

Sila fikirkan semula..jgn sekali dua, fikirlah banyak-banyak kali sebelum bertindak untuk melabur dalam bidang hartanah ini (beli rumah pun kira melabur jugak lah..) kerana, jika anda, saya, kita semua tak mempunyai jumlah perlindungan insurans yang mencukupi, tak kiralah tujuan utama membeli hartanah/rumah untuk dilaburkan semula, ataupun rumah pertama, rumah keluarga dan apa jua tujuan lain, kita mungkin akan berhadapan dengan masalah yang tidak diduga satu hari nanti.

MENGAPA PELABUR HARTANAH/PEMBELI RUMAH PERLU ADA KAD PERUBATAN DAN INSURANS HAYAT?

Kos perubatan semakin hari semakin meningkat dan ianya menjadi trend dari tahun ke tahun..inflasi dalam kos perubatan dengan mudah meningkat sebanyak 10% seperti yang dilaporkan di kebanyakan majalah-majalah kewangan tempatan dan juga dalam media/surat khabar tempatan.  Dalam pada itu, perancangan insurans menjadi topik bualan hangat dan menjadi perhatian orang ramai yang mahukan perlindungan yang terbaik untuk digunakan apabila tiba masa untuk bersara nanti.

Nak buat perancangan utk saat bersara bukannya dimulakan setahun dua nak sampai masa bersara ok..inya perlu bermula sekarang..ketika kita masih muda dan masih sihat..

KISAH BENAR :  Ayah kepada rakan saya akan menjalani pembedahan ‘bypass’ jantung di salah sebuah hospital pakar di negara ini.  Jumlah yang dianggarkan adalah sekitar Rm40,000.  Apa yang sedihnya, jumlah yang perlu disediakan adalah dibawah had kad perubatan yang beliau miliki.  Jadi, anda dapat ramalkan apa yang bakal berlaku sekiranya jumlah berkenaan tidak dapat dikumpul dan sekiranya dapat sekalipun, yang pastinya penambahan bebanan akan berlaku..Inilah yang kebanyakan isi rumah di Malaysia sedang alami terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai jumlah perlindungan insurans yang mencukupi dan tidak di rancang dengan teliti.

Sama ada memilih untuk menggunakan platform MRTA ataupun MLTA, kedua-duanya adalah sama, direka khas untuk menyelesaikan hutang bulanan rumah/pinjaman rumah sekiranya berlaku ‘sesuatu’ yang tidak di ingini kepada diri kita.

Oleh kerana itu, pilih pakej insurans rumah yang terbaik yang memenuhi keperluan anda untuk mengelakkan keluarga anda ditimpa musibah dan terus merana hanya kerana dibebani hutang rumah dan hutang lapuk yang lain.

Fikirkan orang yang anda sayangi dan melaburlah dengan bijak untuk mengurangkan risiko.

Selamat Membeli Rumah dan Selamat Berpuasa…

Set ‘bajet’ anda untuk Kad Perubatan anda – PRUhealth atau PRUflexi med Prudential

Adakah anda mahu memiliki kad perubatan anda sendiri? Berapa harganya atau berapa jumlah yang perlu anda simpan untuk mendapatkannya?
Bagaimana kalau anda sendiri yang tetapkan harganya ??

Email kepada saya butiran berikut :-

1. Nama Penuh/Full Name

2. Tarikh Lahir/Date of Birth

3. Jantina/Gender

4. Merokok atau Tidak Merokok/Smoking or Not Smoking

5. Bajet bulanan untuk kad perubatan/Monthly budget for medical card

*minimum for adult is RM100/ minimum for child is RM60
 
 

Kemudian, saya akan ‘reply’ email anda dengan detail manfaat yang anda akan perolehi daripada jumlah yang anda simpan berkenaan.  Senang je kan..?? Email kepada saya di zulhafizan079@prupartner.com.my ataupun prudentialforyou@yahoo.com sekarang!
PERHATIAN !! Kepada mereka yang berada disekitar bandar Kuching, Sarawak, anda boleh menelefon atau SMS terus kepada saya untuk temujanji..ok.. – 016 8584305 (Zulhafizan Jamel).

Diabetes dalam usia muda..adakah anda golongan berisiko tinggi?

Mungkin sekarang sukar untuk membayangkan bagaimana hidup kita jika hilang deria penglihatan, menggunakan kerusi roda akibat strok atau gangren kaki (kaki dipotong), dan berisiko tinggi mengalami serangan jantung sedangkan belum lagi mencecah umur 40 tahun…DAPAT ANDA BAYANGKAN APA YANG DIMAKSUDKAN??

Itulah apa yang menanti pesakit diabetes mellitus yang tidak atau gagal mengawal penyakitnya, sama ada kerana tidak mengubah gaya hidup, tidak mahu mengambil ubat atau mengambil ubat tradisional sesuka hati. Keadaan diburukkan lagi jika di kalangan mereka ini telah lama menghidap diabetes, sejak dari usia muda lagi.

Diabetes mellitus merupakan satu sindrom masalah metabolisma yang menyebabkan tahap gula di dalam darah yang tinggi (hiperglisemia) sama ada akibat masalah penghasilan (diabetes jenis pertama) atau fungsi (sensitiviti) insulin (diabetes jenis kedua atau diabetes gestasi).

Semua bentuk diabetes kini boleh dirawat sejak insulin berjaya dihasilkan secara komersial pada 1921 tetapi belum ada penawar yang dapat menyembuhkan pesakit sepenuhnya. Masalah paras gula tinggi di dalam darah kini dirawat melalui kombinasi ubat, kawalan pemakanan dan juga dos suntikan insulin.

Kardiovaskular

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula menganggarkan 171 juta penduduk dunia menghidap diabetes pada tahun 2000, dan jumlah ini dijangka meningkat lebih dua kali ganda menjelang 2030, dengan jumlah terbesar dijangka datang dari benua Asia dan Afrika.

Pakar Kardiologi dan Pengarah Klinikal Perkhidmatan Kecemasan Jantung, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Azhari Rosman turut menekankan bagaimana peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat mendadak dari 6.3 peratus pada 1980-an dan sekitar lapan peratus pada 1996 kepada 14.9 peratus pada 2006.

“Diabetes sudah lama wujud dan ramai di antara pesakit IJN sendiri menghidapinya. Diabetes merupakan antara faktor risiko kuat untuk pesakit menghidap penyakit koronari kelak.

“Perubahan pada salur darah pesakit juga boleh dikesan seawal 15 tahun sebelum disahkan menghidap diabetes. Ini jauh lebih awal dari apa yang dijangkakan sebelum ini,” katanya.

Menurut beliau, antara masalah utama yang dihadapi di kalangan pesakit diabetes kini adalah keperluan mengambil bermacam jenis ubat setiap hari (untuk diabetes) sedang mereka turut menghidap penyakit lain yang juga memerlukan pengambilan ubat.

Dr. Azhari menegaskan jika sesuatu penyakit melibatkan pembuluh darah, ia akan menyebabkan kerosakan menyeluruh kepada seluruh badan.

“Salur darah terdapat di seluruh badan terutamanya di jantung dan otak yang boleh membawa kepada serangan jantung dan juga strok (bekalan darah ke otak tergendala), dan kalau lebih malang, kedua-duanya sekali.

“Pembedahan atau rawatan angioplasti juga rumit atau mungkin tidak boleh dilakukan jika pembuluh darah rosak teruk atau menjadi sempit akibat diabetes,” ujarnya.

Jelas beliau, memandangkan kerosakan sudah lama berlaku (seawal 15 tahun awal), gejala tertentu mungkin timbul sebelum pesakit dikesan menghidap diabetes.

Tambahnya, mati pucuk menjadi contoh gejala awal diabetes (atau masalah jantung) akibat kerosakan salur darah halus (mirovaskular) di dalam zakar.

Oleh itu, amatlah ditekankan pentingnya usaha pencegahan diabetes, terutamanya pada usia muda, melalui penjagaan gaya hidup sihat atau rawatan tertentu untuk mengelakkan diabetes di samping pemeriksaan kesihatan bagi mengenalpasti mereka yang berisiko menghidap tinggi.

Dr. Azhari turut mendedahkan purata umur serangan jantung di Malaysia kini ialah 57 tahun berbanding 66 tahun di Barat.

“Pesakit serangan jantung paling muda yang pernah dirawat di negara ini berumur hanya 19 tahun”.

“Bukannya semua pesakit jantung menghidap diabetes tetapi digalakkan pesakit untuk mengetahui bahawa risiko diabetes boleh membawa kepada komplikasi buah pinggang, mata dan juga serangan jantung,” jelasnya.

Tambahnya, pesakit diabetes yang pernah menjalani pembedahan pintasan jantung juga menghadapi risiko salur darah kembali tersumbat dengan lebih pantas.

Di IJN, kebanyakan kes diabetes melibatkan jenis kedua di mana insulin tidak dihasilkan dengan cukup di dalam badan.

Dr. Azhari menjelaskan, untuk jenis kedua ini, ubat-ubat pil diberikan dahulu bagi mengurangkan tahap gula darah dan juga bebanan keperluan insulin badan.

“Jika gagal dikawal juga, pesakit mungkin perlu mengambil suntikan insulin untuk mengawal paras gula darah”.

“Bagi kes teruk, doktor mungkin terus menggunakan suntikan insulin, atau mengikut pandangan doktor bergantung kepada usia dan keperluan individu pesakit,” jelasnya.

Menurut beliau, pesakit juga perlu mengurangkan berat badan, sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan asal, atau lebih baik jika mencapai indeks jisim badan (BMI) yang sihat dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Mengelakkan komplikasi

Dalam usaha mengawal komplikasi diabetes, terutamanya masalah kardiovaskular, Dr. Azhari memaklumkan kejayaan IJN membentuk klinik diabetes sendiri untuk membantu memberi nasihat dan penerangan kepada pesakit.

“Dikendalikan bersama jururawat dan paramedik terlatih yang bergabung dengan doktor pakar diabetes, ahli farmasi dan pakar pemakanan, klinik ini dapat membantu pesakit dalam penjagaan komplikasi dan suntikan insulin”.

“Pengurusan masalah diabetes di klinik ini juga membantu meringankan beban klinik lain di samping memberi ruang untuk pesakit bertanya sebarang keraguan yang tidak sempat dijawab doktor,” ujarnya.

Dr. Azhari menegaskan kawalan diet pemakanan merupakan antara perkara utama dalam mengubah gaya hidup pesakit diabetes tetapi masih diabaikan sesetengah pesakit.

“Selalunya, ramai yang mengambil snek (manis) di antara hidangan utama. Kawalan juga bukan hanya mengelakkan makanan bergula. Karbohidrat adalah antara bentuk gula dan buah tertentu seperti durian juga mengandungi banyak gula,” jelasnya.

Pengambilan buah memang digalakkan untuk kesihatan, tetapi Dr. Azhari menasihatkan pesakit diabetes untuk mengutamakan buah-buahan kurang manis seperti jambu batu atau buah naga.

Dr. Azhari menekankan pentingnya bagi pesakit yang disahkan menghidap diabetes untuk mengawal rapi penyakit tersebut supaya tidak membawa kepada komplikasi lain.

“Pesakit perlu mengawal rapi paras gula darah, tekanan darah dan juga tahap kolesterol melalui pengambilan ubat (atau insulin) dan juga perubahan gaya hidup”.

“Bila sudah kena diabetes, pesakit akan hadapi risiko penyakit koronari yang sama tinggi dengan individu yang pernah (sekali) terkena serangan jantung,” tegasnya.

Dr. Azhari menekankan keperluan pesakit diabetes hadir untuk pemeriksaan susulan secara berkala, mengambil ubat mengikut preskripsi doktor dan kerap memeriksa tahap gula darah.

“Ada pesakit yang sudah bertahun-tahun menjalani rawatan dan pemeriksaan susulan tetapi masih tidak tahu atau kurang faham apa penyakit yang dihidapi, mahupun ubat yang sedang diambil. Pemeriksaan darah sepatutnya dimulakan seawal umur 30 tahun dan ditingkatkan menjelang umur 40 tahun,” katanya.

Beliau juga menegaskan perlunya pesakit bertanya kepada doktor yang merawat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang ubat tradisional bagi mengelakkan masalah dalam kawalan diabetes dan mengelakkan komplikasi.

Hari Diabetes Sedunia

Sempena sambutan Hari Diabetes Sedunia 2008 pada 14 November ini (Jumaat), IJN juga akan mengadakan acara sambutan Hari Diabetes seperti tahun-tahun sebelum ini.

Dr. Azhari menyatakan, sambutan hari diabetes penting bagi mengenengahkan penyakit tersebut sebagai satu masalah kesihatan semua peringkat umur masyarakat, termasuk di kalangan pesakit-pesakit IJN sendiri.

“Saya berharap kesatuan dan pihak lain turut mengadakan program serupa bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pesakit diabetes, orang ramai dan juga para doktor”.

“Pihak kesatuan lain juga diharapkan memainkan peranan masing-masing seperti mana untuk sambutan Hari Hipertensi dan Hari Jantung Sedunia bagi mengurangkan impak penyakit diabetes dan komplikasinya kepada masyarakat setempat,” katanya.

Tegasnya, pencegahan dan pengesanan mereka yang berisiko menjadi keutamaan tetapi jika sudah menghidap diabetes, maka perkara paling penting adalah mengawalnya dengan rapi (tahap gula, tekanan darah dan kolesterol), lebih-lebih lagi jika pesakit mula menghidap diabetes dari usia muda.

Penawar

– Untuk diabetes jenis pertama

Buat masa ini, tiada penawar khusus yang praktikal untuk diabetes jenis pertama. Faktor punca diabetes jenis ini yang disebabkan kegagalan fungsi sel Beta, islets of Langerhans di dalam pankreas telah mendorong beberapa kajian dalam bagi menggantikan sel-sel tersebut atau menggantikan keseluruhan organ pankreas sebagai satu bentuk rawatan.

Hanya pesakit yang telah menjalani pemindahan (transplan) pankreas (atau pankreas bersama buah pinggang setelah diabetes menyebabkan masalah buah pinggang), dan seterusnya tidak perlu mengambil insulin lagi dianggap sebagai ‘sembuh’ daripada penyakit tersebut.

Transplan pankreas bersama buah pinggang juga dilihat sebagai antara jalan penyelesaian yang mungkin berkesan untuk penyakit ini dengan peningkatan jangka hayat pesakit. Namun, pemindahan organ memerlukan pesakit mengambil ubat anti-penolakan organ transplan, dalam jangka panjang.

Eksperimen pemindahan sel Beta sahaja juga telah dijalankan ke atas tikus dan manusia. Bagaimanapun, kaedah ini masih kurang berkesan berikutan kesukaran mendapatkan tisu penderma dan juga tindak balas penolakan oleh sistem imuniti badan pesakit.

Penyelidikan sel stem dikatakan mungkin menawarkan kaedah rawatan berpotensi dengan membolehkan sel Beta, islets of Langerhans, untuk tumbuh semula dan mengelakkan keperluan ubat anti-penolakan.

– Untuk diabetes jenis kedua

Diabetes jenis ini belum ada penawar yang berkesan sepenuhnya. Namun, sejenis pembedahan pintasan gastrik (perut) baru-baru ini dilihat mampu menormalkan paras glukosa darah dalam 80 hingga 100 peratus kalangan pesakit diabetes yang sangat obes.

Mekanisma yang membawa kepada paras gula darah yang normal ini belum difahami sepenuhnya dan masih lagi dikaji, tetapi kesan tersebut bukan hanya dikaitkan dengan penurunan berat badan berikutan kadar gula darah mula normal sebelum berat badan pesakit menurun. Pendekatan ini juga mungkin menjadi sejenis rawatan untuk pesakit diabetes jenis kedua kelak.

Pembedahan pintasan itu juga didakwa mempunyai manfaat tambahan dengan mengurangkan kadar kematian daripada semua jenis komplikasi diabetes, sehingga 40 peratus di kalangan pesakit yang sangat obes. Sebilangan kecil pesakit dengan berat badan normal atau sederhana obes juga dilaporkan telah berjaya melalui pembedahan serupa.

Komplikasi

Akut (boleh berlaku dengan pantas)

– Koma Hiperosmolar bukan ketotik (HNS); keadaan di mana pesakit mempunyai paras gula terlalu tinggi (lebih 16 mmol/L), menyebabkan air ditarik keluar dari sel badan ke dalam salur darah (secara osmosis) dan buah pinggang mula membuang glukosa ke dalam air kencing. Ini akan menyebabkan kehilangan air, yang jika tidak diganti melalui minuman atau melalui suntikan air, akan menyebabkan dehidrasi. Keadaan ini dianggap sebagai satu kecemasan dan penggantian cecair badan perlu dilakukan segera. Simptom rasa letih boleh membawa kepada koma tetapi keadaan ini lebih biasa berlaku dalam kes diabetes jenis kedua berbanding jenis pertama.

* Hypoglisemia; paras gula terlalu rendah dengan simptom berpeluh, menggigil, jantung berdegup kencang, sakit kepala dan boleh menyebabkan pesakit meracau atau pengsan. bagi kes yang teruk, pesakit boleh koma, sawan, mengalami kecederaan otak dan boleh menyebabkan kematian. Terdapat beberapa punca keadaan ini seperti lebihan dos rawatan insulin atau tidak cukup makan. Dalam kebanyakan kes, pesakit boleh dirawat dengan memberi minuman manis atau makanan tetapi bagi kes teruk, suntikan hormon glukagon (menggalakkan pengeluaran glukosa ke dalam salur darah) atau suntikan gula dextrose (satu bentuk glukosa) boleh diberikan.

Kronik (berlaku secara perlahan-lahan)

– Penyakit sistem vaskular; peningkatan tahap glukosa darah yang berpanjangan boleh membawa kepada kerosakan salur-salur darah (angiopati). Ini menyebabkan lapisan sel salur darah menyerap lebih banyak glukosa dari biasa memandangkan sel-sel tersebut tidak bergantung kepada insulin. Peningkatan penyerapan ini membawa kepada penebalan dan juga melemahkan lapisan tisu membran salur darah. Kerosakan salur darah dibahagikan kepada mikro (salur darah kecil) dan makrovaskular (salur darah besar-arteri). Kerosakan salur darah seterusnya membawa kepada;

* Retinopati diabetik; pertumbuhan salur darah baru yang rapuh dan tidak berkualiti pada retina mata. Ini juga boleh membawa kepada pembengkakan makula mata (makular edema) yang seterusnya boleh menyebabkan penglihatan pesakit semakin teruk atau menjadi buta. Masalah ini juga merupakan punca utama kebutaan yang boleh dicegah, di seluruh dunia.

* Neuropati diabetik; kerosakan saraf yang menyebabkan kehilangan deria rasa, bermula pada kaki dan berpotensi merebak ke bahagian saraf lain, termasuk deria rasa pada jari dan tangan. Digabung dengan kerosakan salur darah, keadaan ini boleh membawa kepada ‘kaki buruk’ diabetes. Terdapat juga keadaan dima mana otot menjadi lemah disebabkan komplikasi ini, dikenali sebagai amiotropi diabetik.

* Nefropati diabetik; kerosakan kepada buah pinggang yang boleh membawa kegagalan fungsi renal, akhirnya memerlukan pesakit menjalani dialisis. Diabetes mellitus adalah punca utama kegagalan fungsi buah pinggang di kalangan orang dewasa di negara dunia maju.

* Kardiomiopati diabetik; kerosakan pada jantung yang membawa kepada disfungi diastolik dan seterusnya kegagalan jantung berfungsi.

– Penyakit makrovaskular akan membawa kepada penyakit kardiovaskular di mana kerosakan pantas pada arteri menjadi faktor penyumbang kepada;

* Penyakit arteri koronori – membawa kepada angina atau serangan jantung (myocardial infarction).

* Strok – terutamanya jenis iskemik (pengurangan aliran darah ke bahgian tertentu otak).

* Penyakit vaskular periferal – menyumbang kepada rasa kebas (sakit) berulang-ulang (tempoh singkat) dan juga ‘kaki buruk’.

* Myonekrosis diabetik – kemusnahan otot.

* Kaki buruk diabetes – selalunya berlaku akibat gabungan neuropati (hilang deria rasa kaki) dan kerosakan salur darah. Peningkatan kadar ulser dan jangkitan kulit, dan kadang kala nekrosis atau gangren menyebabkan kerosakan atau kecederaan kaki lebih lambat sembuh. Komplikasi ini adalah punca utama pemotongan (amputasi) kaki bukan akibat trauma di kalangan orang dewasa di negara dunia maju.

Perwarisan genetik

Kedua-dua diabetes jenis pertama dan kedua mempunyai sekurang-kurangnya sebahagian kaitan dengan faktor warisan genetik.

– Diabetes jenis pertama dilihat tercetus akibat jangkitan tertentu (terutamanya dari virus), atau kadang kala oleh tekanan (stres) atau pendedahan persekitaran (bahan kimia atau ubat tertentu). Kaitan genetik dikatakan bersangkut paut dengan kod genetik individu yang membolehkan sistem imuniti badan membezakan sel badan dan sel asing (penceroboh).

Walaupun sesetengah individu mempunyai kelemahan dari segi warisan genetik, diabetes jenis pertama dilihat memerlukan faktor pencetus untuk mula berlaku. Sebilangan kecil penghidap diabetes jenis pertama juga mempunyai gen mutasi yang menyebabkan diabetes pada usia muda.

– Terdapat kaitan faktor genetik yang lebih kuat dengan diabetes jenis kedua. Mereka yang mempunyai saudara terdekat (ibu, bapa, adik-beradik) dengan diabetes jenis kedua mempunyai risiko lebih tinggi menghidapinya kelak. Peratusan risiko juga meningkat dengan bilangan saudara terdekat yang menghidap diabetes jenis ini, dan hampir 100 peratus kesejajaran bagi kembar seiras.

Lebih 25 peratus penghidap diabetes jenis kedua juga mempunyai sejarah keluarga dengan diabetes. Obesiti yang merupakan satu faktor bebas untuk diabetes jenis kedua juga mempunyai kaitan warisan genetik yang kuat.

Antara gen yang dikaitkan dengan diabetes jenis ini termasuk KCNJ11 dan TCF7L2 (transcription factor 7–like 2), which regulates proglucagon gene expression and thus the production of glucagon-like peptide-1.[3]

 

Kalau anda rasa anda berisiko tinggi pergi lah buat check-up, jangan sampai dah terlambat baru nak menyesal. Diabetes boleh menyebabkan kerosakan organ didalam badan.  Kalau dah kena diabetes dan lambat ambil ubat nanti macam macam komplikasi boleh berlaku.  Sebab itu disarankan ambil Insurance/takaful daripada Prudential..lebih elok lagi mula dari usia muda ketika masih sihat.  Jangan sebab sayang RM 100 – RM 200 sebulan nanti kering simpanan dalam bank.  Buat lah keputusan yang bijak.

 

 

Rakan Insurans Anda…

Anggaran kos pembedahan general hospital swasta di Malaysia???

Post kali ini berkaitan kos pembedahan. Jangan takut ok..ini hanya info yang kita semua perlu tahu..Jom kita lihat anggaran kos pembedahan general di salah sebuah hospital swasta di Malaysia.

GENERAL SURGERY
Non – complication Appendisectomy :
(a) Laparoscopic 4500.00 – 7000.00
(b) Open 3000.00 – 4500.00
Breast Lump 2000.00 – 4000.00
Laparoscopic Cholecystectomy 9000.00 – 10000.00
Hermorrhoidectomy 7000.00 – 10000.00
Herniaraphy 5000.00 – 7000.00
Thryoidectomy 4500.00 – 5500.00
Mastectomy 5000.00 – 6000.00
Colonoscopy 1300.00
Gastroscopy 600.00
Sekaran kita tahu, dengan melihat daripada kos pembedahan di atas , anda dan saya perlu/kena ada sekurang-kurangnya, atleast, RM 10,000 dalam bank akaun anda untuk kecemasan.
Kenapa kita perlu nak bayar cash kalau kita boleh ambil medical card dengan prudential dengan minimum RM 100 sebulan. Kalau nak dikira kurang dari RM5.00  je sehari.  Teh o ais dua gelas lagi mahal dari medical card. 
Macam biasa, anda mesti akan cakap “xpa, government hospital ada, baya seringgit sahaja…”.  Pergi bedah dulu lepas tu baru kita tengok berapa ringgit kita kena bayar yer.  Kalau korang sakit macam nak gila, perlu buat pembedahan cepat, sanggup ke nak tunggu sampai 6 bulan ke setahun untuk tunggu giliran pembedahan ? Mesti tak sanggupkan !!
Penghujung ceritanya, terpaksa lah pegi keluarkan duit ASB kasi habis semua, untuk bayar bil hospital… Tugas saya sebagai seorang Perancang Kewangan dan juga Perunding Insurans Bertauliah (lebih glamer – ejen insurans) adalah untuk beri kesedaran tentang kepentingan medical card, tak kisah anda beli dengan siapa pun yang pentingnya, anda ada kad perubatan berkenaan.  Pastikan anda dan keluarga anda di insured secukupnya supaya tak menyesal di kemudian hari.
Tak susah pun nak bertanya..email je..or sms je 0168584305..pasti akan saya layan..
Zulhafizan Bin Jamel
PAMB

4 Sebab Kenapa Saya Dan Keluarga Saya Perlu Ada Pelan PRUlink one Daripada Prudential…

Selamat pagi dan salam sejahtera…

Terima kasih kerana masih terus bersama saya di prudentialforyou, laman blog khas berkaitan dengan insurans dan saya Rakan Insurans Anda..

Kali ini nak kongsikan sedikit info berkenaan sebab-sebab kenapa saya dan anda serta keluarga kita perlu ada pelan insurans..  Saya kongsikan dengan lebih santai dan secara ringkas utk kita fikirkan semula ok..

Pertama :

Kalau ditakdirkan jatuh sakit, dengan adanya pelan insurans daripada Prudential (yg disertakan bersama kad perubatan yang terbaik didalam pasaran hari ini), semua kos perubatan, kos pembedahan ataupun apa saja bil yang anda terima, Prudential akan tolong bayarkan..seperti mana yang saya ceritakan banyak kali sebelum ini..INI ADALAH MANFAAT UTAMA YANG AKAN ANDA TERIMA SEKIRANYA ANDA SALAH SEORANG PEMEGANG POLISI DARIPADA PRUDENTIAL..Kalau belum ada rekod kat Prudential, apply sekarang sebelum terlambat untuk bertindak..Hanya kepada yang sihat sahaja ok..yang dah sakit tu, minta maaf sbb kami tak dapat nak tolong dah..

Tak kisahlah admit kat Normah Medical Centre ke, Timberland ke, KPJ ke, Rejang Specialist ke, Colombia Asia ke, asalkan ada kad perubatan (PRUhealth atau PRUflexi med daripada Prudential), anda takkan hilang sekelip mata wang dalam simpanan kerana anda tak perlu bayar kos perubatan anda lagi dah..Prudential ada untuk tolong bayarkan semuanya..

Kedua :

Ditakdirkan kenak penyakit kritikal, tak perlu risau sangat dah..pertamanya, dapat lump sump duit sepertimana yang anda dah jangkakan dalam polisi anda, bil hospital dah setel dah (Prudential bayarkan), premium bulanan (jumlah yang anda simpan tiap-tiap bulan bagi polisi anda)  tak perlu bayar dah sebab dah di waive oleh Prudential (itulah manfaat yang saya paling suka sbb dah lah tak perlu simpan lagi kat Prudential tp perlindungan serta jaminan simpanan berjalan seperti biasa…seumur hidup lagi tu…)

Ketiga :

Ditakdirkan kita dijemput kembali kepadaNya, meninggalkan segala yang kita ada didunia, meninggalkan orang yang tersayang, peninggalan kita tidak begitu sahaja dan mungkin tidak akan menambah beban kepada keluarga serta waris yang tercinta..Ini kerana kita akan mendapat sejumlah besar wang daripada insurans yang kita dah ambil semasa hidup (walaupun baru je 6 bulan menyimpan, manfaat ini akan diberikan tanpa sebarang masalah)..Siapa yang akan dapat ?? Waris kita lah..anak bini kita boleh teruskan kehidupan mereka seperti biasa, ataupun mereka boleh gunakan untuk tolong bayarkan hutang dunia kita kat dunia ni..Sekurang-kurangnya, anak bini kita tak lah sengsara menanggung derita.

Orang cakap, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan ?? dua sahaja, harta atau hutang..nak yang mana??

Keempat :

Part ni saya nak highlight kan sikit..orang sekarang ni banyak sempit fikiran..bukan anda tp mereka yang lain kat luar sana tu..mereka ingat apabila simpan kat insurans, duit mereka hangus begitu sahaja..ITU SANGKAAN YANG PERLU DITANGKIS DAN DIUBAH !!!

Disamping anda melindungi diri dan keluarga anda, duit premium bulanan yang anda bayar tanpa putus-putus tu akan generate jadi simpanan anda..takkan hangus macam tu je..(itu lah baik nya anda tanya kepada mereka yang bertauliah dalam bidang insurans ni dan bukan tanya kepada rakan anda yang ada ambik insurans tp kurang pengetahuan dalam bidang ni).. Walaupun anda ada buat claim/tuntutan, ianya tidak menjejaskan jumlah cash value yang anda ada utk dijadikan simpanan..(inilah kebaikan Investment-linked Insurance)..

Jangan ingat anda bayar setiap bulan kepada Prudential, contohnya, adalah bebanan..Anda sebenarnya sedang membuat simpanan juga..boleh jadi ianya boleh dijadikan simpanan untuk masa persaraan anda nanti..Dan yang istimewanya, anda boleh keluarkan bila-bila masa asalkan tinggalkan baki sedikit dalam akaun anda..(bukan spt insurans lain, anda akan dapat imbuhan setiap hujung tahun, selepas 3 tahun menyimpan sedangkan apa yang anda terima itu adalah jumlah yang anda patut terima pada saat polisi anda matured..jangan leka ok..)

Itulah 4 sebab KENAPA SAYA DAN KELUARGA SAYA PERLU ADA PELAN INSURANS…