Hutang lebih banyak, lebih tinggi status kita..Benar atau Tidak??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..khas buat pembaca laman blog ini.  Kali ini timbul satu persoalan yang menjadi tanda tanya..

Apa pendapat anda apabila ditanya – Adakah status kita akan meningkat dengan memandu kereta mewah?

Zaman sekarang, kebanyakan daripada kita selalu memandang tinggi terhadap seseorang apabila mereka memandu kereta mewah.  Anda tanya diri anda kembali, adakah berbaloi membeli kereta mewah jika ianya diluar kemampuan sendiri. Jika gaji bulanan RM2000 adakah berbaloi membayar wang ansuran kereta sehingga RM1000 sebulan sedangkan diri anda sendiri tahu bahawa nilai kereta akan turun hampir 30% sebaik sahaja dikeluarkan daripada showroom.  Berbaloi kah? dan Kenapa anda perlu mengorbankan keperluan yang lebih penting hanya kerana untuk menunjuk kepada rakan, keluarga dan orang sekeliling yang anda berjaya? (memiliki kereta mewah dengan hutang yang tinggi)

Tak salah pun memiliki kereta mewah dan saya tak kata pun tak boleh beli..tepuk dada tanya selera..Kita mampu atau buat-buat mampu??

Dengan rutin harian saya, saya banyak berhadapan dengan pelbagai jenis serta ragam manusia.  Yang menarik perhatian saya sekali lagi berkaitan status kita – Adakah status kita akan terus meningkat dengan 3-4 kad kredit didalam wallet?

Semua tahu kebaikan dan keburukan kad kredit. Sekiranya masih belum tahu, tanya pihak bank apa yang kad kredit boleh buat kepada anda (itu adalah kemudahan daripada bank utk anda gunakan..dengan berhemah ok..bukan utk suka-suka)

Mengapa anda memerlukan kad kredit? Sekali lagi saya ulangi, sebagaimana yang kita tahu kredit kad akan mengubah cara berbelanja dengan cara yang salah. Bil meningkat dari bulan ke bulan dengan interest yang tinggi dan akhirnya anda tidak mampu dan diistiharkan bankrap.

Adakah kad kredit melambangkan status anda? Fikirkan semula.

Tagged , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: