Tag Archives: saving

Pastinya ini yang terbaik untuk anda semua!!

WELCOME TO ALL MY CLIENT’S AND READERS

SMS to 0168584305 or Email to zulhafizan079@prupartner.com.my for appointment.

Zulhafizan Jamel | PAMB
Your Insurance Partner
Tagged , , , , , , , , , ,

Mengapa Kad Perubatan Prudential ??

Kali ini saya ingin berkongsikan satu tajuk yang kerap kali menjadi pertanyaan daripada prospek seperti anda (yang belum memiliki sebarang medical card/kad perubatan) berkenaan pemilihan kad perubatan yang sesuai dan terbaik pada masa kini.  Banyak persoalan yang diterima akhir-akhir ini bertanyakan – MENGAPA PERLU MEMILIH KAD PERUBATAN PRUDENTIAL??

Kini, semakin banyak orang menghadapi masalah dalam pembayaran kos perubatan apabila ianya berkaitan dengan kos pembedahan kecil mahupun pembedahan yang besar.  Sekurang-kurangnya seseorang memerlukan dalam lingkungan RM1,000 hingga ke RM3000 untuk pembayaran kos pembedahan kecil (minor surgery) dan kos yang tinggi mencecah sehingga RM120,000 bagi pembayaran kos pembedahan untuk penyakit kritikal (critical illness) seperti contoh masalah jantung (hanya untuk pembedahan kali pertama sahaja)..Mengerikan, menakutkan dan membebankan bukan?? Itulah hakikat apa yg perlu anda dan diri saya mungkin lalui satu hari nanti dan kita perlu sediakan satu jumlah kewangan yang besar sebagai jaminan sekiranya satu hari nanti ditakdirkan jatuh sakit dan perlukan rawatan seperti ini.

Apa pandangan anda? Pernahkan anda terfikir tentang perkara ini?

Mungkin dulu tidak pernah terfikir dan diharap dengan artikel yang saya tulis ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan juga diri saya membuat persediaan yang sepatutnya dilakukan SEGERA agar tidak menyesal dikemudian hari.  Ini bukan perkara main-main dan bukan olok-olok..ini berkaitan dengan nyawa kita dan waris yang kita sayangi sentiasa.

Semua orang sedia maklum bahawa kehidupan adalah sesuatu yang kita tidak dapat jangka..sebab itulah, anda..kita..perlukan jaminan perlindungan tidak kira untuk apa jua perkara..takdir semuanya dah ditentukan dan tiada siapa dapat mengubahnya melainkan kita sendiri berusaha mengubahnya untuk menjadi lebih baik dengan ketentuanNya. Kita merancang dan tuhan menentukan..tapi adakah kita perlu menyerah bulat-bulat apa yang sepatutnya kita boleh ubah demi kebaikan diri dan keluarga kita? Tanya diri anda..

Dengan mendapatkan jaminan perlindungan, contohnya daripada insurans, satu hari nanti ianya akan membantu menyelesaikan masalah kewangan anda..Insya Allah.  Prudential Medical Card (kad perubatan) boleh membantu menyelesaikan masalah kewangan peribadi anda..

Berapa lamakah masa yang anda perlukan untuk menyimpan jumlah wang RM500,000 atau RM50,000 ataupun RM5,000?

Katakan anda menyimpan RM200 setiap bulan :-
Untuk jumlah RM500,000 = RM200 x 2500 bulan / 208 tahun !!!
Untuk jumlah RM50,000 = RM200 x 250 bulan / 21 tahun !!!
Untuk jumlah RM5,000 = RM200 x 25 bulan / 2 tahun ++

Dengan hanya premium bulanan sebanyak RM100* (Dewasa/Adult) / RM60 (Kanak-kanak/Children), anda akan dapat menikmati semua manfaat/simpanan yang anda perlukan termasuklah jaminan perlindungan dalam kad perubatan anda (untuk keperluan pembayaran kos perubatan yang anda perlukan bila-bila masa sahaja) sehingga mencecah RM1,000,000.00 (1 juta) !!!  APA YANG ANDA TUNGGU LAGI ??  Dan, pada umur anda 55 tahun nanti, anda boleh tukarkan pelan yang anda ambil menjadi pelan persaraan anda!!

Kad Perubatan Prudential (termasuk dalam pelan PRUlink one, PRUmy child dan PRUlife ready) memberikan perlindungan perubatan komprehensif dengan manfaat pembayaran bil perubatan (kos perubatan) yang anda terima selepas rawatan di hospital pakar (yang pastinya menjadi pilihan setiap orang yang mahukan rawatan segera dengan keselesaan semasa menjalani rawatan).  Dapatkan ketenangan fikiran yang anda sentiasa perlukan !!

Medical Card / Kad Perubatan (PRUhealth / PRUflexi med) memberikan anda manfaat / kebaikan seperti yang berikut :

* Perlindungan komprehensif untuk kemasukan ke hospital (hospitalisation) dan juga pembedahan (surgery).
* Bonus tanpa tuntutan (No Claim Bonus) – sihat anda terima bonus, sakit pula anda dibayar
* Zero Deductible (ada pada PRUflexi med) – tak perlu bayar satu sen pun..semuanya ditanggung beres..
* Pilihan untuk mendapatkan rawatan di luar negara* – utk kes yang memerlukan rawatan doktor/hospital pakar luar negara
* Pilihan menaiktaraf secara automatik (Automatik Upgrade Option) bagi pelan PRUhealth anda
* Pilihan untuk menukar jumlah co-insurans (hanya untuk PRUhealth dan PRUflexi med, ianya tanpa co-insurans)
* Pilihan untuk had tuntutan tahunan* (Waive Annual Claims Limit)
* Pilihan Room & Board (mengikut pilihan anda sendiri)– ada pada PRUflexi med
* Pilihan dalam memilih pelan yang bersesuaian dengan bajet anda
* Perlindungan sehingga umur 100 tahun (anda sentiasa dilindungi)

Rumusan Manfaat Keseluruhan:

Masuk wad (hospitalisation or admitted), jumlah keseluruhan yang anda boleh gunakan adalah :
* Jumlah had tahunan (Annual Limit) berjumlah RM50,000

* Jumlah had seumur hidup RM500,000 (PRUhealth 100) atau RM1,000,000.00 (PRUflexi med)

Mengapa ragu-ragu untuk bertanya sedangkan sudah banyak mereka diluar sana sudah pun memilikinya serta menggunakannya.  Medical Card Prudential menjadi pilihan kerana kami adalah agensi insurans yang paling banyak membayar tuntutan yang dibuat oleh pelanggan kami tanpa sebarang masalah.

Malu untuk berdepan, email dan tanya saya..Tiada email, sms kepada saya..Tak sempat sms, call sahaja untuk temujanji. 

Bayangkan, dengan simpanan lebih kurang dalam RM3 – RM5 sehari, anda mendapat perlindungan yang anda tidak duga selama ini dan pada masa yang sama, jumlah berkenaan adalah simpanan harian anda kerana kesemuanya anda akan dapat semula nanti.  Adakah jumlah yang hanya kurang dari 5%-10% dari pendapatan anda, digunakan untuk simpanan sambil dilindungi dengan manfaat yang besar akan membuatkan anda JATUH BANGKRAP???

ORANG KATA KITA RUGI AMBIL KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD)..TAPI KITA LAGI RUGI KALAU TIADA LANGSUNG KAD PERUBATAN..

Zulhafizan Jamel
Ejen Bertauliah PAMB
016 8584305
zulhafizan079@prupartner.com
Tagged , , , , , , , , , ,

Berapakah yang saya perlu bayar untuk perlindungan komprehensif PRUlink one?

Soalan ini merupakan satu soalan yang biasa di tanya oleh prospek kepada saya masa buat presentation. Berapa perlu saya bayar tiap-tiap bulan untuk perlindungan Prudential PRUlink one ni?

PRUhealth & PRUflexi med ada didalam pelan ini

Soalan seperti ini bergantung kepada jenis perlindungan yang macam mana anda mahu. Selalunya pada sesi perjumpaan dengan pelanggan/client/prospek, biasanya saya akan mulakan dengan soal selidik, dimana soal selidik berkenaan terdiri daripada tiga bahagian..*cara pertanyaan tidak lah terlalu formal bahkan prospek sendiri tidak perasan saya tengah membuat soal selidik kerana dalam sesi perbincangan saya lebih suka situasi yg tenang dan unformal/ tidak formal.

Bahagian pertama : Berkaitan Perlindungan Pendapatan  /  Income Protection.

Bagi saya, soalan ini adalah soalan yang paling penting untuk ditanya kepada anda (prospek) untuk mengetahui berapakan nilai income yang anda ingin Prudential lindungi andai kata terjadi/berlaku musibah dari segi hilang upaya kekal ataupun sakit kritikal ataupun meninggal dunia (jumlah pendapatan keseluruhan akan diwariskan kepada waris anda). Katakan anda bekerja sebagai jurutera dan mempunyai pendapatan RM 3000 sebulan, ini bermakna jumlah pendapatan tahunan anda (prospek) adalah RM36,000.  Boleh tahan banyak tu..

Soalan saya pula nanti – berapa tahun gaji yang anda ingin lindungi dengan Prudential PRUlink one. Jika anda menjawab 3 kali gaji tahunan, bermakna nilai perlindungan pendapatan/income protection lebih kurang dalam RM108,000.

RM36,000 x 3 = RM108,000

Inilah nilai/jumlah pendapatan yang anda (prospek) diperlukan untuk meneruskan hidup jika anda kehilangan pekerjaan disebabkan hilang upaya kekal dan sakit kritikal.

Bahagian kedua : Perlindungan Kesihatan / Health Protection

Seterusnya saya akan bertanya kepada prospek di bahagian ini adalah:

Berapakan yang anda rasa anda perlukan setiap tahun untuk rawatan di hospital swasta?

Bilik bagaimanakah yang anda idamkan ketika menerima rawatan sewaktu anda sakit??  Sebilik seorang, sebilik 2 orang ataupun sebilik 3 orang ?

Berapakah jumlah wang saku yang ingin anda terima? RM 200,RM300 atau RM 400. (*sakit pun boleh ada wang saku?? mmg ada..ini bukan perkara baru.)

Bahagian ketiga : Simpanan / Saving

Bahagian ini pula, saya akan tanya:

Adakah anda ada membuat/mempunyai simpanan di bank atau ditempat tempat lain seperti ASB atau unit trust??

Secara peribadinya, sebagai perunding kewangan adalah satu tindakan bijak untuk meletakkan simpanan anda dibeberapa tempat yang berlainan. Simpan sebahagian daripada simpanan anda di PRUlink one kerana simpanan/pelaburan anda akan dilindungi andaikata anda mengalami hilang upaya kekal atau sakit kritikal dimasa hadapan.

Ada banyak lagi info yang diperlukan sebenarnya cuma disini saya highlight kan apa yg paling penting supaya mudah untuk memberi jawapan kepada persoalan yang mungkin terlintas difikiran anda, yang mungkin juga satu hari nanti akan menjadi prospek saya.  Daripada data/maklumat yang diperolehi, saya akan dapat membuat cadangan yang terbaik dalam pelan PRUlink one yang bersesuaian dengan keperluan anda dan keluarga anda. (*tiada bayaran pun..bahkan saya boleh belanja anda minum sekali utk tanda terima kasih kerana memberi peluang utk saya kongsikan sesuatu yang amat bermanfaat kepada diri dan keluarga anda).

Jika anda ingin mendapat perlindungan Prudential PRUlink one yang bersesuaian dengan situasi anda, mengikut keperluan anda, memenuhi apa yg anda perlukan, sila hubungi saya untuk 10-20 minit appointment. pertemuan dan perbincangan.

016-8584305
Zulhafizan Bin Jamel
Prudential Assurance Malaysia Berhad
zulhafizan079@prupartner.com

Tagged , , , , , , ,