Tag Archives: income

Berapakah yang saya perlu bayar untuk perlindungan komprehensif PRUlink one?

Soalan ini merupakan satu soalan yang biasa di tanya oleh prospek kepada saya masa buat presentation. Berapa perlu saya bayar tiap-tiap bulan untuk perlindungan Prudential PRUlink one ni?

PRUhealth & PRUflexi med ada didalam pelan ini

Soalan seperti ini bergantung kepada jenis perlindungan yang macam mana anda mahu. Selalunya pada sesi perjumpaan dengan pelanggan/client/prospek, biasanya saya akan mulakan dengan soal selidik, dimana soal selidik berkenaan terdiri daripada tiga bahagian..*cara pertanyaan tidak lah terlalu formal bahkan prospek sendiri tidak perasan saya tengah membuat soal selidik kerana dalam sesi perbincangan saya lebih suka situasi yg tenang dan unformal/ tidak formal.

Bahagian pertama : Berkaitan Perlindungan Pendapatan  /  Income Protection.

Bagi saya, soalan ini adalah soalan yang paling penting untuk ditanya kepada anda (prospek) untuk mengetahui berapakan nilai income yang anda ingin Prudential lindungi andai kata terjadi/berlaku musibah dari segi hilang upaya kekal ataupun sakit kritikal ataupun meninggal dunia (jumlah pendapatan keseluruhan akan diwariskan kepada waris anda). Katakan anda bekerja sebagai jurutera dan mempunyai pendapatan RM 3000 sebulan, ini bermakna jumlah pendapatan tahunan anda (prospek) adalah RM36,000.  Boleh tahan banyak tu..

Soalan saya pula nanti – berapa tahun gaji yang anda ingin lindungi dengan Prudential PRUlink one. Jika anda menjawab 3 kali gaji tahunan, bermakna nilai perlindungan pendapatan/income protection lebih kurang dalam RM108,000.

RM36,000 x 3 = RM108,000

Inilah nilai/jumlah pendapatan yang anda (prospek) diperlukan untuk meneruskan hidup jika anda kehilangan pekerjaan disebabkan hilang upaya kekal dan sakit kritikal.

Bahagian kedua : Perlindungan Kesihatan / Health Protection

Seterusnya saya akan bertanya kepada prospek di bahagian ini adalah:

Berapakan yang anda rasa anda perlukan setiap tahun untuk rawatan di hospital swasta?

Bilik bagaimanakah yang anda idamkan ketika menerima rawatan sewaktu anda sakit??  Sebilik seorang, sebilik 2 orang ataupun sebilik 3 orang ?

Berapakah jumlah wang saku yang ingin anda terima? RM 200,RM300 atau RM 400. (*sakit pun boleh ada wang saku?? mmg ada..ini bukan perkara baru.)

Bahagian ketiga : Simpanan / Saving

Bahagian ini pula, saya akan tanya:

Adakah anda ada membuat/mempunyai simpanan di bank atau ditempat tempat lain seperti ASB atau unit trust??

Secara peribadinya, sebagai perunding kewangan adalah satu tindakan bijak untuk meletakkan simpanan anda dibeberapa tempat yang berlainan. Simpan sebahagian daripada simpanan anda di PRUlink one kerana simpanan/pelaburan anda akan dilindungi andaikata anda mengalami hilang upaya kekal atau sakit kritikal dimasa hadapan.

Ada banyak lagi info yang diperlukan sebenarnya cuma disini saya highlight kan apa yg paling penting supaya mudah untuk memberi jawapan kepada persoalan yang mungkin terlintas difikiran anda, yang mungkin juga satu hari nanti akan menjadi prospek saya.  Daripada data/maklumat yang diperolehi, saya akan dapat membuat cadangan yang terbaik dalam pelan PRUlink one yang bersesuaian dengan keperluan anda dan keluarga anda. (*tiada bayaran pun..bahkan saya boleh belanja anda minum sekali utk tanda terima kasih kerana memberi peluang utk saya kongsikan sesuatu yang amat bermanfaat kepada diri dan keluarga anda).

Jika anda ingin mendapat perlindungan Prudential PRUlink one yang bersesuaian dengan situasi anda, mengikut keperluan anda, memenuhi apa yg anda perlukan, sila hubungi saya untuk 10-20 minit appointment. pertemuan dan perbincangan.

016-8584305
Zulhafizan Bin Jamel
Prudential Assurance Malaysia Berhad
zulhafizan079@prupartner.com

Tagged , , , , , , ,