4 Sebab Kenapa Saya Dan Keluarga Saya Perlu Ada Pelan PRUlink one Daripada Prudential…

Selamat pagi dan salam sejahtera…

Terima kasih kerana masih terus bersama saya di prudentialforyou, laman blog khas berkaitan dengan insurans dan saya Rakan Insurans Anda..

Kali ini nak kongsikan sedikit info berkenaan sebab-sebab kenapa saya dan anda serta keluarga kita perlu ada pelan insurans..  Saya kongsikan dengan lebih santai dan secara ringkas utk kita fikirkan semula ok..

Pertama :

Kalau ditakdirkan jatuh sakit, dengan adanya pelan insurans daripada Prudential (yg disertakan bersama kad perubatan yang terbaik didalam pasaran hari ini), semua kos perubatan, kos pembedahan ataupun apa saja bil yang anda terima, Prudential akan tolong bayarkan..seperti mana yang saya ceritakan banyak kali sebelum ini..INI ADALAH MANFAAT UTAMA YANG AKAN ANDA TERIMA SEKIRANYA ANDA SALAH SEORANG PEMEGANG POLISI DARIPADA PRUDENTIAL..Kalau belum ada rekod kat Prudential, apply sekarang sebelum terlambat untuk bertindak..Hanya kepada yang sihat sahaja ok..yang dah sakit tu, minta maaf sbb kami tak dapat nak tolong dah..

Tak kisahlah admit kat Normah Medical Centre ke, Timberland ke, KPJ ke, Rejang Specialist ke, Colombia Asia ke, asalkan ada kad perubatan (PRUhealth atau PRUflexi med daripada Prudential), anda takkan hilang sekelip mata wang dalam simpanan kerana anda tak perlu bayar kos perubatan anda lagi dah..Prudential ada untuk tolong bayarkan semuanya..

Kedua :

Ditakdirkan kenak penyakit kritikal, tak perlu risau sangat dah..pertamanya, dapat lump sump duit sepertimana yang anda dah jangkakan dalam polisi anda, bil hospital dah setel dah (Prudential bayarkan), premium bulanan (jumlah yang anda simpan tiap-tiap bulan bagi polisi anda)  tak perlu bayar dah sebab dah di waive oleh Prudential (itulah manfaat yang saya paling suka sbb dah lah tak perlu simpan lagi kat Prudential tp perlindungan serta jaminan simpanan berjalan seperti biasa…seumur hidup lagi tu…)

Ketiga :

Ditakdirkan kita dijemput kembali kepadaNya, meninggalkan segala yang kita ada didunia, meninggalkan orang yang tersayang, peninggalan kita tidak begitu sahaja dan mungkin tidak akan menambah beban kepada keluarga serta waris yang tercinta..Ini kerana kita akan mendapat sejumlah besar wang daripada insurans yang kita dah ambil semasa hidup (walaupun baru je 6 bulan menyimpan, manfaat ini akan diberikan tanpa sebarang masalah)..Siapa yang akan dapat ?? Waris kita lah..anak bini kita boleh teruskan kehidupan mereka seperti biasa, ataupun mereka boleh gunakan untuk tolong bayarkan hutang dunia kita kat dunia ni..Sekurang-kurangnya, anak bini kita tak lah sengsara menanggung derita.

Orang cakap, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati tinggalkan ?? dua sahaja, harta atau hutang..nak yang mana??

Keempat :

Part ni saya nak highlight kan sikit..orang sekarang ni banyak sempit fikiran..bukan anda tp mereka yang lain kat luar sana tu..mereka ingat apabila simpan kat insurans, duit mereka hangus begitu sahaja..ITU SANGKAAN YANG PERLU DITANGKIS DAN DIUBAH !!!

Disamping anda melindungi diri dan keluarga anda, duit premium bulanan yang anda bayar tanpa putus-putus tu akan generate jadi simpanan anda..takkan hangus macam tu je..(itu lah baik nya anda tanya kepada mereka yang bertauliah dalam bidang insurans ni dan bukan tanya kepada rakan anda yang ada ambik insurans tp kurang pengetahuan dalam bidang ni).. Walaupun anda ada buat claim/tuntutan, ianya tidak menjejaskan jumlah cash value yang anda ada utk dijadikan simpanan..(inilah kebaikan Investment-linked Insurance)..

Jangan ingat anda bayar setiap bulan kepada Prudential, contohnya, adalah bebanan..Anda sebenarnya sedang membuat simpanan juga..boleh jadi ianya boleh dijadikan simpanan untuk masa persaraan anda nanti..Dan yang istimewanya, anda boleh keluarkan bila-bila masa asalkan tinggalkan baki sedikit dalam akaun anda..(bukan spt insurans lain, anda akan dapat imbuhan setiap hujung tahun, selepas 3 tahun menyimpan sedangkan apa yang anda terima itu adalah jumlah yang anda patut terima pada saat polisi anda matured..jangan leka ok..)

Itulah 4 sebab KENAPA SAYA DAN KELUARGA SAYA PERLU ADA PELAN INSURANS…

One thought on “4 Sebab Kenapa Saya Dan Keluarga Saya Perlu Ada Pelan PRUlink one Daripada Prudential…

  1. saiful abd jalil says:

    saya telah berkhidmat selama 11 tahun dengan satu syarikat penjualan kereta … baru baru ni saya telah mengambil peperiksaan sebagai ejen insurans atas ajakan kawan … dan telah lulus .. boleh beri sebab kenapa saya harus tukar kerjaya saya sebagai ejen insurans . t kasih .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: