Awareness

Saya ‘Covered’ By Company..

Pernyataan ini saya memang saya selalu dengar daripada saudara-saudari kita yang bekerja di Syarikat Swasta yang memberikan kemudahan perubatan. Jadi mereka berpendapat, “Buat apa ambik plan medical insurance/takaful? Syarikat tempat saya bekerja cover unlimited…” atau ada juga yang bagitau saya, “Syarikat saya cover medical, so saya tak perlu amik plan medical sekarang..tunggu saya dah pencen baru ambik“

Memang saya teramat biasa dengar perkara ini. Tetapi, kepada saudara-saudari kita yang bekerja dengan syarikat swasta, yang terlalu yakin dengan manfaat perubatan yang disediakan oleh syarikat. Pertama sekali, saya ucapkan tahniah, kerana anda bertuah sebab company tempat anda bekerja prihatin dan memberikan kemudahan perubatan yang ditanggung oleh syarikat insurance yang mana premiumnya ditanggung oleh syarikat.

Ada beberapa perkara yang saya ingin bertanya kepada mereka2 yang berpendapat seperti yang saya nyatakan di atas.

PERTAMA- Company cover unlimited….Betul, kekadang memang kita dengar syarikat tempat kita bekerja cover medical unlimited. Sedangkan kita tidak pernah pun lihat sendiri policy yang menyatakan medical coverage kita unlimited. Akan tetapi, hakikatnya, walau pun unlimited..(pada pendapat anda)….limitnya adalah…

i. Sekiranya anda mengidap penyakit kritikal, yang terpaksa memerlukan cuti yang panjang, atau kerap bercuti daripada menjalankan tugas disebabkan keperluan untuk mendapatkan rawatan. Agak-agaknya, berapa lama syarikat mahukan kita terus berada dalam syarikat tersebut?…Syarikat terpaksa membayar gaji sedangkan kita sudah tidak productive (sebab asyik cuti saja). Sekiranya anda yang menjadi pengarah syarikat (pemegang syer terbesar dalam syarikat), berapa lama agaknya anda ingin simpan orang yang tidak productive berapa didalam organisasi anda? Sedangkan syarikat terpaksa membayar gaji pekerja yang sakit tadi?…Biasanya kes-kes ini akan masuk dalam Medical Board untuk perbincangan sama ada pekerja tersebut perlu diberhentikan kerja atas-atas sebab kesihatan. Setuju?…

Jadi, setelah kita tidak lagi diperlukan syarikat, adakah syarikat masih mahu membayar lagi semua kos rawatan anda pada masa akan datang? Jadi, inilah hadnya atau limit medical benefit yang disediakan oleh syarikat. Kemudian, dah sakit baru nak mohon medical card? Adakah syarikat insurance mahu berikan perlindungan perubatan kepada kita? Fikirkanlah sendiri…

ii. Kalau kita bertukar tempat kerja, adakah syarikat asal masih mahu memberikan manfaat perubatan lagi?…Kalau tempat baru tiada menawarkan kemudahan perubatan, tapi dengan gaji yang lebih tinggi dan sukar untuk ditolak, bagaimana?..anda tukar kerja atau tidak? Seterusnya jawapan anda..”Haaa, masa tu baru le nak ambik medical card..”….jawapan saya “…Kalau you boleh jamin you sihat sampai bila-bila dan takkan sakit, then you amik medical card nie kemudian, kalau you tak boleh jamin, lebih baik amik sekarang…sebabnya medical card hanya boleh dibeli dengan 2 benda iaitu DUIT dan KESIHATAN. Dah sakit, kalau you boleh bayar saya RM 2,000 utk 3 tahun punya payment akan datang sekali pun, syarikat akan tolak permohonan you….masa tu menyesal sudah tidak berguna, bersiap sedia le untuk menghabiskan duit simpanan untuk biaya kos rawatan. Termasuklah duit dalam EPF….bagaimana hari tua anda?….EPF untuk simpanan hari tua, tapi tak sempat nak tua duit dalam EPF dah habih bayar ke Hospital….Fikirkan lah sendiri..”

KEDUA – Tak perlu ambik medical card sekarang sebabnya saya dah ada company punya.

Sekiranya anda boleh jamin anda akan sihat sampai le anda dah nak bersara besok, anda boleh tunggu untuk amik medical ini akan datang. Tapi, kalau anda tak boleh jamin, lebih baik anda ambil sekarang.

Kita biasa melawat saudara-mara kita di hospital…pernah atau tidak kita bertanya kepada pesakit tu, “Kau tau dari awal ke yang kau akan kena sakit nie?….” atau “Kau memang nak ke, sakit nie terkena kat kau”…cuba le tanya diorang sama ada jawapannya Ya atau Tidak.

Kalau jawapannya tidak, anda kena amik medical card sekarang. Kalau jawapannya ya….anda tak perlu amik medical card tu sekarang sebabnya, sebabnya anda ada kebolehan untuk tahu apa perkara yang akan berlaku pada masa aka datang. Jadi, apabila anda tau anda nak sakit je, baru anda amik. Fikirkanlah sendiri.

Kalau nak ambil medical card sekarang, hubungi saya. Penerangan percuma dan tiada paksaan, itu janji saya. Saya cuma ingin beritahu anda apa yang anda perlu tahu pasal medical card ini dan bagaimana medical card ini penting untuk elakkan anda jadi seperti kes-kes didalam artikel blog saya ini. Kalau anda tidak tahu, jangan tidak ambil tahu, ambil tahu, fahamkan apa sebenarnya medical card ini…..kemudian buat keputusan sama ada perlu ambil atau tidak. Sebabnya….kalau anda dah sakit, agent insurance/takaful dan syarikat insurance boleh cari client yang sihat. tapi, anda tidak boleh cari insurance yang nak cover orang yang dah sakit.

p/s : Perlukan pelan perlindungan? Hubungi saya, 013 8169912 / 016 8584305 (Zul)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: