Monthly Archives: October 2012

Cerita Gula..

Gula Naik Lagi??? Jangan Panik!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ini cutting paper lama..keratan akhbar pada 15/11/2009, The Star, muka depan. Mungkin ada yang perasan dan apa yang saya perhatikan, The Star memang selalu bagi info yang berguna kepada orang ramai terutamanya untuk bacaan hujung minggu.  Banyak lagi artikel yang saya perolehi daripada The Star cuma belum berkesempatan untuk dikongsikan bersama disini.  Hari ini saya nak kongsikan berkenaan gula sbb tertarik dengan status aunty saya di facebook beliau yang berkaitan GULA.
(Jangan risau, anda bukan salah website..anda ditempat yang betul).

Mesti pelik bukan..apa kaitan GULA dengan blog ni?? Sebab blog ini tempat saya buat perkongsian yang memfokuskan kepada pendidikan dan pendedahan tentang insurans (of course menjurus kepada produk daripada Prudential)..

Sebelum soalan anda itu saya jawabkan, mari kita baca, bincang dan lihat dulu apa isi yang cuba disampaikan oleh The Star ni.

Muka hadapan, part yang paling penting..muka belakang, belakang cerita ok..hehe..Saya pasti semua rakyat Malaysia sudah sedar dan mengetahui fakta dan informasi bahawa kes kematian disebabkan oleh gula lebih tinggi daripada kadar kematian akibat kes kanser dan AIDS….

Gula memang penting untuk tubuh badan kita, tapi bila di ambil berlebihan atau apabila kita semakin tua, kadar insulin yang dihasilkan oleh tubuh kita semakin berkurangan, sedangkan kadar pengambilan gula kita tak pernah kurang, malah kita kurang bersenam, menyebabkan gula dalam darah akan bertambah…jadi ibu segala penyakit (part ni saya selalu dengar bukan sahaja dari mulut doktor sendiri bahkan daripada org ramai yang sedia maklum info berkenaan).

Ibu segala penyakit?….Dulu saya langsung tak paham..itu dulu..tapi sekarang baru saya faham…Bila dah ada kencing manis, sakit jantung pun boleh datang, dan darah tinggi pun akan singgah…tak cukup itu, lepas tu….penyakit buah pinggang pun senang nak melekat…Saya tak nak cerita panjang lebar bab tu sebab anda boleh dapatkan lagi info lanjut berkenaan artikel dari keratan akhbar ni atau search kat website The Star, archive, mungkin anda boleh jumpa lagi berita ini.

Ok, apa yang saya nak cerita adalah, kaitannya dengan Insurance atau dengan lebih spesific Medical Card.  Ini pengalaman saya, pada 3 bulan lepas, ada seorang client nak mohon/apply insurans+medical card.  Umur beliau dalam lingkungan awal 30-an. Dalam 2-3 tahun lepas pernah suspect batu karang, tapi dah clear (tanpa operation). Hanya ikut jadual makan ubat, tunggu batu karang pecah and keluar ikut salur kencing. Jadi, disebabkan oleh itu, client berkenaan ada rekod kat hospital panel Prudential.

Since tak buat pembedahan/operation, beliau kena buat urine test and the result, semua ok (clear from batu karang)..TAPI timbul masalah lainlah pulak.  Beliau disahkan ada glucose dalam air kencing..So, kena buat blood test pulak.  Sekali blood test siap dia punya laporan, bacaan gula nearly 7.0.  Akibatnya, decline medical card.  Appeal punya appeal, try mohon punya mohon pun tak dapat.  Jadi, itu lah hakikatnya…

Saya memang sedihlah jugak sebab tak dapat nak membantu client dapatkan medical card.  Tapi, nak buat macam mana kan..Anda semua sudah sedia maklum bahawa syarikat insurance/takaful bukanlah wellfare/badan kebajikan, diaorang ni buat business.  Perniagaan/Business cover orang yang sihat apabila diorang sakit. Bukan dah sakit baru nak dicover…

Daripada pengalaman dan kajian yang dibuat (saya buat kajian jugak tau..), average/purata, kalau dah cecah umur 40-an, biasanya kandungan gula dalam darah dah mula tinggi (tak semua lah..yang pastinya macam tu lah).  Jadi, better cari medical card secepat mungkin sebelum kena buat ME (medical examination) wajib selepas umur 55 tahun.

DAN..kepada yang kerja dengan syarikat yang ada menyediakan kemudahan medical card, mungkin anda akan kata, tak perlu lah sebab sekarang ini company dah cover…YA! betul, tapi bila dah company tak cover (bersara wajib) dan kalau masa tu dah pernah dapatkan rawatan masa kat kerja kat company lama disebabkan kena kencing manis, kemungkinan besar utk jadi kes mcm yang saya cerita di atas adalah sangat tinggi. So, bersedia sebelum ianya berlaku…😀

 

Zulhafizan Jamel  |  PAMB

Rakan Insurans Bertauliah Anda!!

 

Tagged , , , , , , , , , , , , , ,

Apa itu PRUguard my family?

pruguard my family malaysia

Kali ini saya nak kongsikan satu lagi pelan kepada anda semua..Tapi pelan ini lain sikit..Kena baca sampai habis baru anda tahu..hehe

Daripada nama PRUguard my family, adakah ianya pelan perlindungan kesihatan dan perubatan untuk keluarga? Jawapannya – TIDAK..

Sebenarnya, pelan PRUguard my family adalah satu pelan khas di mana pelan ini hanya ditawarkan kepada syarikat-syarikat yang berdaftar..Tak kira kecik atau besar..

Pendahuluan/Intro

Setiap syarikat kebanyakkannya memberikan faedah kebajikan seperti kemudahan rawatan pergigian, rawatan klinik dan juga insurans berkelompok.  Dan kebanyakkannya juga, syarikat hanya memberikan kemudahan kebajikan General Insurance sahaja untuk perlindungan  kakitangan mereka.  Tapi yang malangnya, General Insurance mempunyai banyak kelemahannya (disadvantage).

Kelemahan/Keburukan (Disadvantages) General Insurance

1. Tiada jaminan pembaharuan / Non guaranteed renewal – Setiap tahun syarikat perlu membuat pembaharuan untuk semua kakitangan mereka. / Every year need to re-apply.

2. Bayaran permium meningkat setiap tahun / Premiums increase every year

3. Pihak Insurans berhak untuk tidak melindungi pemegang polisi untuk tahun seterusnya jika ada tuntutan yang dibuat melebihi daripada had yang diberikan oleh pihak insurans berkenaan / Insurance company have right not to cover you the next year if the claim made is more than insurance company expected.

4. Perlindungan yang diberikan TERHAD dan hanya berkuatkuasa selama mana kakitangan berkenaan masih berkhidmat.  Sekiranya kakitangan berkenaan berhenti, diberhentikan atau pencen, perlindungan secara automatiknya terbatal / Protection limit within the company, if the staff quit or retired, then protection stop.

Kita sendiri dapat melihat kelebihan dan kelemahan yang sekarang rasanya anda ada milikinya daripada syarikat tempat anda bekerja..Kalau syarikat masih belum menyediakannya untuk anda, teruskan membaca kerana selepas ini anda akan lebih gembira untuk memberi tahu majikan anda tentang PRUguard my family ini.  Anda mesti mahukan yang terbaik bukan??

Syarikat-syarikat diluar sana ada menyediakan kemudahan insurans kepada kakitangan mereka tetapi dalam kajian yang kami buat, walaupun dah diberikan percuma oleh syarikat, kebanyakkannya masih membeli/memohon utk Life Insurans yang lain sebagai back-up..

Mengapa???

Ini kerana, perlindungan daripada insurans kelompok atau general insurance daripada syarikat tpt bekerja akan terhenti apabila kakitangan syarikat berkenaan (syarikat tpt anda bekerja contohnya) dibuang kerja, berhenti atau bersara/pencen.  Oleh kerana itu, kakitangan yang sedia maklum perkara berkenaan telah bersedia awal utk bertindak sebelum terlambat dengan membeli/memohon insurans persendirian dengan membayarnya menggunakan gaji bulanan mereka sendiri.

Insurans Nyawa/Life Insurance adalah mahal, terutamanya untuk keluarga.

Insurans nyawa dengan kad perubatan dalam lingkungan Rm150 sebulan/seorang.  Bayangkan jika satu keluarga ada 5 org ahli.  Si bapa, ketua rumah, akan membayar sebanyak RM150 x 5 orang bersamaan RM750 sebulan hanya utk perbelanjaan insurans.

Adakah majikan anda sedar bahawa kakitangan mereka membeli/memohon insurans lain utk diri mereka dan keluarga mereka ?  Jika anda seorang majikan yang baik dan memahami kakitangan anda, adakah anda sebagai majikan bersedia untuk membantu kakitangan anda untuk mengurangkan bayaran bulanan insurans mereka tanpa mereka perlu membayar satu sen pun? 

Kepada para majikan diluar sana, ini yang anda perlu tahu dan buat keputusan !!

pruguard my family malaysia

Untuk pengetahuan umum, PRUguard my family adalah produk/pelan insurans yang sama seperti insurans nyawa yang ada di pasaran sekarang, contohnya pelan PRUhealth.  TETAPI, PRUguard my family hanya boleh diperolehi melalui kerjasama/partnership di antara syarikat dengan Prudential sahaja.  Syarikat yang berminat dan mahukan pelan terbaik ini perlulah memohon untuk membuat kerjasama strategik dengan Prudential barulah pihak Prudential membuka ruang permohonan untuk produk/pelan ini kepada kakitangan syarikat berkenaan.

Apa yang best sangat produk/pelan ini?  Mesti itu yang anda nak tahu lebih bukan?? PRUguard my family memberikan 30%-50% lebih murah daripada biasa.  Jika dulu seorang bapa kepada 5 ahli keluarga membayar RM750 sebulan untuk insurans semua ahli keluarganya, dengan PRUGuard my family, bayaran bulanan hanya serendah RM370 dengan jaminan perlindungan yang sama.

Kelebihan PRUguard my family / Advantages of PRUguard my family.

1. 30% – 50% lebih murah / cheaper than usual.

2. Jaminan pembaharuan setiap tahun / Guaranteed-renewal

3. Jaminan perlindungan diteruskan walaupun kakitangan syarikat anda bersara ataupun anda sebagai kakitangan berhenti kerja/meninggalkan syarikat berkenaan / Protection still continue after retirement or when you are leaving the company.

4. Bayaran premium bulanan tidak meningkat setiap tahun / Premiums not increasing yearly.

5. Isteri, ibubapa dan anak-anak boleh menyertai program ini sekali / Spouse, parents and kids can participate in this program

Sekarang para majikan tahu dan sedar bahawa PRUguard my family adalah pelan yang terbaik dan lebih baik daripada pelan General Insurance yang ada di syarikat mereka sekarang. 

ADAKAH PARA MAJIKAN AKAN MEMBAYAR UNTUK PRUguard my family?

YA!! Tambahan, para majikan akan menerima 10 tahun diskaun servis percuma, sekiranya mereka membayar kepada lebih daripada 50 polisi untuk kakitangan mereka.

Apa pula yang ada dalam PRUguard my family ni? / What include in PRUguard my family plan?

1. Manfaat pampasan kematian / Death Benefits

2. Manfaat pampasan 36 jenis penyakit kritikal / 36 Critical Illness cover

3. Manfaat pampasan kematian dalam kemalangan dan ketidakupayaan akibat kemalangan / Accidental Death and Disablement

4. Kad Perubatan bernilai sehingga Rm1,500,000 seumur hidup / Medical card up to RM1,500,000 per life time

5. Pilihan PRUguarg mylady untuk wanita.  Perlindungan untuk penyakit yang berkaitan kanser dan penyakit wanita yang lain / Optional PRUgard my lady for lady. Coverage for women related cancer and illness.

Maklumat lanjut – hubungi saya, Zulhafizan Jamel 016-8584305 atau email di zulhafizan079@prupartner.com.my

Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Kami sarankan anda perlu dapatkannya dengan segera!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, setakat hari ini saya menerima banyak panggilan telefon dan juga email daripada mereka yang masih tercari-cari plan insurans yang menepati citarasa dan keperluan mereka..Saya juga berasa amat gembira kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka ini.  Mungkin hari ini tiada apa yang kita dapat lihat.  Insya Allah, mungkin satu hari nanti, dengan apa yang kita lakukan sekarang akan memperolehi manfaatnya.

Bagi saya, saya bertindak sebagai orang tengah yang membantu anda untuk mempermudahkan urusan anda untuk mendapatkan pelan jaminan perlindungan insurans kepada diri dan keluarga anda.  Mungkin proses ini akan jadi lebih mudah kepada anda untuk memahami apa sebenarnya yang anda perlu lakukan dan apa yang perlu anda tahu.  Jika tidak, anda seumpama membayar setiap bulan kepada sesuatu pelan insurans yang anda sendiri tidak tahu apa manfaat yang anda akan dapat dikemudian hari. Akhirnya anda berpendapat dan merasakan simpanan yang anda lakukan setiap bulan tidak berbaloi dan menipu diri anda.

Lebih baik anda bersedekah daripada memberi/membayar kepada pelan tanpa memberikan manfaat yang anda perlukan untuk diri anda.  Tapi sejauh mana kita pada zaman sekarang sanggup untuk bersedekah dengan jumlah wang yang sama setiap bulan??? Tepuk dada tanya selera..RM100 minimum setiap bulan utk disedekahkan kepada orang ramai..Ianya tidak salah tetapi berat bukan..?? Lainlah jika kita ada lebihan yang kita ikhlas utk dermakan setiap bulan..

Jadi, dipendekkan cerita, kami di Prudential amat menyarankan kepada semua yang bekerja sendiri, mempunyai perniagaan sediri, surirumah, anak-anak anda, pekerja yang mencari perlindungan insurans yang terbaik dan bernilai tinggi, para persara yang belum mencapai usia 60 tahun ke atas dan juga para kakitangan awam untuk mempertimbangkan pelan yang ditawarkan ini.  Amat berbaloi dan amat bermanfaat.  Ini bukan omongan kosong ya..!!

APA ITU PRUclinic care?

Pruclinic care daripada Prudential adalah pelan yang pertama seadanya wujud di Malaysia yang menawarkan pelan yang memberi kemudahan untuk pesakit luar secara individu dimana PRUclinic care boleh digunakan di mana-mana 1900 cawangan klinik panel (General Practitioner) dan klinik pakar swasta seluruh Malaysia dengan manfaat yang diluar jangka.
Yang paling menarik adalah, PRUclinic care ialah satu medical card yang ANDA TIDAK PERLU MEMBAYAR SATU SEN PUN UNTUK BIL KLINIK ANDA!! 100% DI TANGGUNG PENUH OLEH PRUDENTIAL.  CASHLESS!!

MENGAPA PRUclinic care SANGAT ISTIMEWA?

Saya senaraikan beberapa manfaat terbaik yang ditawarkan kepada anda yang mahu memiliki PRUclinic care ini :

1.  Ada lebih 1900 buah klinik panel yang menyertai program ini di seluruh Malaysia termasuklah klinik di hospital pakar.

2. Confirm memang tiada cash/tunai diperlukan untuk membayar bil dan ubat anda.  Tiada ko-insurans dan tiada bayaran pendahuluan.  Hanya tunjukkan kad PRUclinic care dan Mykad anda sahaja.

3. Tiada masa menunggu. Maksudnya, apabila permohonan anda lulus untuk memiliki kad PRUclinic care ini, anda terus boleh menggunakannya..Sakit perut ker, demam ker, selesema ker, sakit gigi ker, pening2 ker, apa2 jer lah (yg dikategorikan sebagai sakit ringan) anda boleh terus rujuk dengan mana-mana doktor di klinik yang anda pilih (tapi pastikan klinik berkenaan menyertai program ini – sebagai klinik panel)..Jgn pulak sakit hati nak guna kad ini ye..doktor tak layan nanti..kalau hati tu rosak dan sakit, itu boleh..hehe gurau saja ye..

4. Perlindungan Komprehensif dimana segala kos “consultation”, rawatan dan kos ubat-ubatan ditanggung sepenuhnya dan di bayar oleh kad PRUclinic care anda.  Best bukan??

5.  Tiada limit/had untuk jatuh sakit dan berjumpa doktor anda kerana anda layak untuk menggunakan RM1,500 nilai kad PRUclinic care anda.  RM1,500 setahun dan tahun seterusnya nilai akan bertambah semula.

 

SIAPA YANG BOLEH MENDAPATKAN PELAN TERBAIK INI?

Semua rakyat Malaysia layak memohon.  Bermula dari umur 2 tahun sehingga umur 60 tahun (next birthday).

Sekali lagi saya sebagai Quality Agent daripada Prudential menyarankan kepada semua yang bekerja sendiri, mempunyai perniagaan sediri, surirumah, anak-anak anda, pekerja yang mencari perlindungan insurans yang terbaik dan bernilai tinggi, para persara yang belum mencapai usia 60 tahun ke atas dan juga para kakitangan awam untuk mempertimbangkan pelan yang ditawarkan ini.  Amat berbaloi dan amat bermanfaat.

 

DIMANA KESELURUHAN KLINIK PANEL BERKENAAN?

Disebabkan terlalu panjang senarai berkenaan dan ruang disini amat terhad, saya sukar untuk menyenaraikannya disini.  Ada 1900 buah klinik yang perlu disenaraikan.

Jadi, sekirannya anda mahu membuat semakan adakah klinik berhampiran anda adalah salah satu klinik panel Prudential, saya amat berbesar hati membantu anda.  Hubungi saya di talian 016-8584305 (Zulhafizan Jamel) atau email kepada saya di zulhafizan079@prupartner.com.my

 

BAGAIMANA PROSES PENGGUNAAN KAD PRUclinic care INI?

PRUclinic care amat mudah dan senang digunakan.  Hanya perlu tunjukkan PRUclinic care anda di kaunter klinik yang anda pergi, tunggu giliran, dapatkan rawatan dan ambil ubat. Siap!! Yang lainnya kami di Prudential akan “settle”kan .. 100% kos ditanggung sepenuhnya.  Dijamin..!!

BERAPA YANG PERLU DIBAYAR DAN BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN “QUOTATION”?

Untuk pertanyaan lanjut serta “quotation” percuma, sila hubungi,

Zulhafizan Jamel di talian 016-8584305 atau sila hantar email ke zulhafizan079@prupartner.com.my
Jangan lupa sertakan bersama butiran asas yang berikut di dalam email anda.  Terima kasih.
a)      Nama Penuh
b)      Umur
c)      Pekerjaan (Jawatan yang dipegang)
d)      Status (Merokok atau Tidak Merokok)
e)      Lokasi anda (cth. Kuching, Sarawak)
f)       No. Tel (yang mudah untuk dihubungi)
g)      Bajet anda (cth. RM100 sebulan)
Tagged , , , , , , , , , , , , ,

Pastinya ini yang terbaik untuk anda semua!!

WELCOME TO ALL MY CLIENT’S AND READERS

SMS to 0168584305 or Email to zulhafizan079@prupartner.com.my for appointment.

Zulhafizan Jamel | PAMB
Your Insurance Partner
Tagged , , , , , , , , , ,

Hutang – Bebanan? atau Trend Ulangan?

Salam sejahtera semua..Kali ini, saya akan biarkan anda sendiri menilai gambar yang saya kongikan.  Anda sendiri lihat dimana kedudukan anda, termasuklah diri saya sendiri sekarang ini.  Adakah hutang menjadi bebanan yang semakin berat kepada diri dan keluarga kita ataupun ianya hanya satu trend ulangan yang semua org akan lalui sehingga penghujung kehidupan mereka.

Persoalan ini mungkin pelik tapi inilah hakikatnya.  Hutang semakin bertambah, bebanan juga semakin berat.  Gaji & pendapatan yang anda terima sekarang adakah mencukupi atau semakin berkurangan?  Anda amat pasti yang anda dapat hadapi saat genting ketika perlukan sejumlah bantuan kewangan utk saat masalah kewangan timbul nanti?  Mungkin pada saat anda membaca artikel saya ini anda akan kata “Ya, saya dapat bersedia..” Alhamdulillah kerana anda pastinya sudah merancang kewangan anda dengan baik.  Tp, jika terdetik dihati anda menyatakan bahawa anda belum bersedia, masih belum ada ruang utk membuat simpanan kecemasan atau mencarum didalam pelan Insurans/Takaful, anda perlu merujuk perkara ini dengan SEGERA !!..

Cuba letakkan diri anda dalam gambar ini. Cuba fahami apa yg saya cuba sampaikan.  Bayangkan sekiranya anda pergi dahulu meninggalkan ahli keluarga anda atau ditakdirkan anda tidak mampu utk bekerja akibat kemalangan. BAGAIMANA DENGAN APA YANG BERADA DISEKELILING ANDA??

 

Saya sedia membantu. Saya bukan paksa anda. Saya hanya mahu anda sedar dari dilemma.  Sekurang-kurangnya sebelum apa-apa berlaku diluar jangkaan kita, kita sudah bersedia sedikit daripada langsung tiada persediaan. Mungkin dengan simpanan yang anda buat sekarang akan membantu ketika anda ditimpa kejadian yang tidak diingini.

Renung-renungkan…

 

Zulhafizan Bin Jamel
Rakan Insurans Anda
016-8584305 | zulhafizan079@prupartner.com.my

 

 

Tagged , , , , ,