Alasan Biasa : Buat apa lah aku nak ambil pelan insurans ni, company aku dah cover semuanya kalau aku sakit..

Mungkin ada yang tak pernah terfikir untuk berkata sedemikian ataupun beranggapan sedemikian..Ini antara apa yang selalu saya terima (rejection daripada prospek) .. Suka untuk saya kongsikan disini beberapa perkara penting yang mungkin semua boleh ambil perhatian dan tak perlu lah guna alasan sedemikian lagi.  Tak kisah lah kalau tak nak ambil apa-apa pelan insurans untuk diri atau keluarga anda kerana bagi saya, kami sebagai agen insurans yang bertauliah, kami lebih suka berkongsi dan bukan memaksa anda.  Semuanya terletak ditangan anda sendiri.  Apa jua yang anda lalui kami cuma mahu anda kongsikan apa jua risiko dalam perjalanan kehidupan anda bersama kami. Saya sendiri tak rugi pun kalau ada apa-apa yang terjadi kepada diri atau keluarga anda dan saya juga tak untung pun kalau anda mendapat pampasan/pulangan daripada pelan insurans yang anda ada ambil semasa sihat.  Sebagai rakan insurans anda, tugas kami mendidik, memberi informasi serta memberi nasihat serta membuat recommendation untuk pelan yang sesuai dan terbaik bagi diri dan keluarga anda.  Anda pilih agen anda dan agen berkenaan akan membantu dalam menguruskan segala masalah yang dihadapai berkaitan insurans serta membuat sebarang tuntutan insurans.  Rugi kah kalau anda buangkan sedikit masa untuk kami memberi info yang terbaik bagi diri dan keluarga anda ??

Berbalik kepada topik utama yang saya nak utarakan disini.  Ya benar, memanglah sesetengah orang amat bertuah dah ada company coverage kan (baik sungguh majikan anda kan kan…).  Sakit apa pun, masuk hospital ker, outpatient ker, pergi klinik pun kena cover..wow..best sungguh..(ada yang siap boleh claim balik lagi tu..tiap tahun ada peruntukan utk sakit)

Tapi masalahnya akak-akak dan abang-abang sekalian..Macam mana kalau sakit sampai ke tahap tak boleh kerja berbulan bulan lamanya ?? (sakit kritikal) Berapa lama company nak simpan kita?  Kalau lepas kena buang kerja sapa nak tanggung bil hospital ?

Kalau ambil insurans (dari Prudential), kalau sakit kritikal, premium bulanan jadi free, tak payah nak fikir bayar premium dah, Prudential akan bayarkan semua dan lepas tu dapat duit pampasan lagi.  Masuk hospital Prudential juga bayarkan bil hospital. Tak payah risau dah nak korek ASB, guna duit simpanan di bank, korek tabung, cucuk guna kad kredit nak bayar bil hospital.  Lagi satu, part ni yang paling best..bayaran premium tiap-tiap bulan bukannya duit lebur macam tu je, duit tu sebahagiannya akan dimasukkan ke dalam saving juga.  Dalam ambik perlindungan, anda sebenarnya membuat simpanan untuk masa depan juga tau..!!

Macam mana pulak kalau berlaku kematian ?  Adakah company nak bayar pampasan?

Kalau ada polisi dengan Prudential (contohnya PRUlink one, PRUlife ready atau PRUmy child),  kalau berlaku kematian, family kita akan dapat pampasan (lump sump tu..).  Duit ni boleh la guna buat bayar hutang si mati, perbelanjaan waris/family untuk teruskan kehidupan.  Takkan mati nak tinggal hutang dengan anak bini, tu tak bertanggung jawab namanya tu, betul tak akakakak dan abang-abang??   Fikir-fikir lah sejenak. 

Insurans/Takaful ni bukannya perkara harus tapi wajib untuk mereka yang sayangkan keluarga.

 

Saya Zulhafizan Jamel, Rakan Insurans Anda…016 8584305

Leave a comment