Kakitangan Kerajaan Pun Memerlukan Medical Card…

Artikel kali ini saya petik dari laman web rakan seperjuangan dalam bidang insurans jugak.  Saya cuba sampaikan dengan ringkas dan mudah difahami.  Sejak dahulu lagi, ramai yang beranggapan, kakitangan kerajaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dengan PERCUMA. Memang benar.  Tapi tidak semuanya percuma.  Ada kes-kes yang pesakit, walau kakitangan kerajaan sekali pun, mereka terpaksa membayar kos rawatan di hospital kerajaan. Sebagai contoh, kita rujuk/lihat sahaja surat rayuan bantuan perubatan oleh kakitangan kerajaan di bawah ini.

Ini membuktikan, ada kalanya walau pun kakitangan kerajaan, tetap memerlukan medical card/kad perubatan.  Selain daripada itu, anda pasti pernah mendengar kes-kes dimana untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, pesakit terpaksa menunggu giliran sehinga berbulan-bulan lamanya (nak bedah appendiks pun kena tunggu sampai 2-3 hari).  Bagaimana penyakit yang kita hidapi tersebut memerlukan rawatan segera?…sanggup untuk tunggu dan berserah begitu sahaja?….

Oleh itu, rakan-rakan, para pembaca sekalian, buka minda, kalau tak tahu pasal medical card, ambil tahu….jangan kita dah lah tidak tahu, tidak mahu ambil tahu pula….

Tak susah pun nak ambil tahu bagaimana medical card ini dapat membantu anda disaat anda memerlukan rawatan perubatan.  Tidak dinafikan, rawatan di hospital kerajaan pun bagus, tapi…kalau terpaksa menunggu giliran seperti yang saya sebutkan di atas tadi?…sekurang-kurangnya, kita ada pilihan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dengan lebih cepat.  Saya umpamakan medical card ini seperti “Tayar Spare” dalam but kereta kita.

Cuba kita fikirkan, kenapa kita asyik usung ke hulu-hilir tayar spare tu sedangkan tayar kereta kita tak bocor pun. Jawapan standard yang akan diberikan….langkah berjaga-jaga kalau tayar bocor, sedangkan adakalanya kereta yang kita bawa tidak pernah bocor sepanjang kita pandu. Sampai la tukar tayar, tak pernah bocor. Tapi kita masih bawa juga tayar spare tersebut atas alasan yang sama seperti tadi…..”Kita tak tau bila tayar kita bocor atau pecah”….

Jadi, samalah juga keadaan medical card, oleh kerana kita tak tahu bila kita sakit, sebab itulah kita perlu ada medical card.

 

Apa fungsi medical card ni sebenarnya?…

1- Ia akan membayar semua KOS RAWATAN yang dikenakan kalau kita masuk wad..tak kisah sakit apa pun kecuali sakit2 yang dikecualikan…(dalam posting seterusnya saya akan kongsikan apa sakit2 yang dikecualikan)

2- Paling penting, medical card ni bayar bil hospital terus ke hospital, kita tak perlu bayar dulu baru claim kemudian (kecualilah kalau kita dapatkan rawatan di hospital bukan panel atau hospital kerajaan. Kalau bukan hospital panel, kena bayar dulu claim kemudian, yang penting boleh claim).  Jadi, kalau kita ada insurans atau takaful yang cover kos rawatan, tapi tak de medical card, maksudnya, kita kena bayar dulu baru claim.

Kalau bil sampai puluh-puluh ribu, mana nak cari duit?..atau kalau ada credit card pun, berapa keping credit card kita nak hulur?…lepas tu, claim pulak…kalau cepat ok lah, kalau ada requirement atau proses lambat. Dah kena interest pulak credit card tu. Susah ke senang?….Sebab tu cari yang ada medical card. Hassle Free. Kita cuma standby duit untuk Co-Insurans atau Co-Takaful. (10% daripada jumlah kos rawatan tertakluk kepada min RM 300 maximum RM 1,000) tapi sekarang dah ada pilihan untuk tidak perlu membayar Co-Insurans lagi dah (rujuk posting berkenaan PRUflexi med atau posting Medical Card Prudential).

3- Walau pun kena Co-Insurans atau Co-Takaful, plan PRUlink one cthnya, disertakan sekali elaun hospital…, jadi kalau satu hari elaun Hospital RM 400, contoh masuk wad 5 hari dah dapat RM 2,000. Itu tak termasuk lagi elaun ICU atau elaun bedah.  Jadi, walau pun kena co-insurans, anda jangan risau, plan ini akan buatkan anda dapat claim more than 100%.

Satu lagi contoh, artikel pasal seorang guru perlukan rawatan pemindahan buah pinggang, tapi tiada wang, terpaksa minta derma. Selepas beberapa bulan masuk Berita Harian, perlukan RM 120,000, tapi hanya dapat sumbangan derma RM 3,708.

Kalau lah seorang guru (kakitangan kerajaan) terpaksa minta derma untuk dapatkan rawatan, anda yang kerja kerajaan bagaimana?…atau kerajaan anda dengan kerajaan guru yang saya nyatakan ini berbeza?…Fikir2kanlah….

Kalau cikgu pun minta derma, tak terfikir kita, kalau kita kerja kerajaan, kemungkinan perkara yang sama mungkin berlaku kepada kepada kita. Pepatah Melayu ada mengatakan…“Sudah terhantuk baru nak mengadah..”.  Tapi ok, lepas terhantuk sekali lepas tu mengadah la…tapi, dalam kes medical card ni, dah sakit baru nak ambil medical card….boleh, tapi lulus atau tidak belum tentu lagi.

Sebabnya…tengok pulak contoh surat kat bawah ni.  Boleh mencarum RM 300 sebulan, tapi syarikat Insurans reject….sebab dah ada macam-macam penyakit.  Nak try apply company insurans/takaful lain pulak?…..apply le kalau boleh dapat…saya ucapkan semoga berjaya…

Akhir sekali, rakan-rakan sekalian, para pembaca yang saya hargai sekalian, sanak saudara yang dikasihi, anda fikirkanlah.  Apa yang saya ceritakan, bukan omong2 kosong atau rekaan saya semata-mata.  Semuanya saya sertakan dengan bukti.  Masuk 2 tahun saya jadi agent, alhamdulillah, dah ramai keluarga yang saya bantu selesaikan bil hospital mereka. Kalau tidak, tak pasal-pasal mereka ini mungkin berhutang dengan credit card berpuluh2 ribu.

Sekiranya anda berminat nak tahu lebih lanjut mengenai plan ini, anda boleh memohon quotation secara online dengan menghantar email ke email saya zulhafizan079@prupartner.com.my (saya akan terus reply kerana email sentiasa di tangan saya).

Atau sekiranya ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, anda boleh call saya terus 016-8584305 (Zulhafizan Jamel) atau email di zulhafizan079@prupartner.com.my

*semua email or sms saya akan cuba layan secepat mungkin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: