Tag Archives: gaji bulanan

Dah kira sebelum beli kereta??

Berapakah jumlah wang yang anda sudah sediakan untuk kos ansuran bulanan kereta anda??

Sepertimana yang kita ketahui sekarang ini, harga kereta di Malaysia adalah antara yang paling tertinggi di dunia dan purata gaji rakyat Malaysia boleh dikata dibawah paras yang sepatutnya.

Secara kasar, purata kebanyakkan gaji bagi lepasan universiti untuk kerja pertama mereka adalah di dalam lingkungan RM2000 sebulan.  Dalam pandangan serta pendapat anda, apakah jenis kereta yang mampu dibeli dan dimiliki dengan gaji RM2000 jika 15% diambil untuk pembayaran ansuran kereta.

Gaji dibawa pulang : RM2000
Ansuran bulanan : 15% x RM2000 = RM300
Tempoh pembiayaan 7 tahun
Harga kereta : RM300 x 7 x 12 = RM25,200

Jika dilihat daripada jumlah kiraan asas diatas, dengan purata gaji bagi lepasan universiti, jumlah gji berkenaan tidak mampu untuk membeli apa-apa jenis kereta baru pun yang terdapat di pasaran di negara ini.

Yang menjadi persoalan sekarang, jika anda bergaji RM 2000 kereta apakah yang anda pandu sekarang dan adakah pembayaran ansuran bulanan kereta anda membebankan anda?

Banyakkan berfikir utk kebaikan bersama, banyakkan berkongsi maklumat penting utk kebaikan semua, banyakkan membaca utk masa depan anda juga..

Tagged , , , ,