Tag Archives: insan tersayang

Mengapa Anak Kita MESTI Ada Kad Perubatan ?

Selamat datang dan terima kasih kerana terus membaca. Saya yakin anda adalah seorang yang penyayang dan mengambil berat mengenai anak anda, kerana itulah anda terus mencari maklumat. Tahniah saya ucapkan. Teruskanlah membaca kerana ada manfaatnya sebagai peringatan.

Nyawa adalah satu nikmat yang hanya sekali dikurniakan kepada seseoran manusia. Hanya sekali sahaja ia diberi kepada kita dan kepada anak kita. Kehilangan nyawa bermakna kita kehilangannya buat selama-lamanya.

Nikmat kesihatan pula seringkali dijadikan ujian oleh Allah taala untuk menguji bagaimana hambanya sabar, berusaha & bertawakkal untuk menentukan tahap ketaqwaan manusia. Dengan kesihatan, kita boleh hidup dengan lebih ceria & dapat melakukan pelbagai aktiviti fizikal.

gambar hiasan

Menjawab persoalan mengapa anak kita mesti memiliki kad perubatan?

1. Risiko Kehilangan Nyawa Anak Kita
2. Risiko Kehilangan Kesihatan Anak Kita
3. Kehilangan Insan Yang Amat Disayangi

Saya akan terangkan dengan lebih terperinci..
1. Risiko Kehilangan Nyawa Anak Kita

gambar hiasan

Kanak-kanak terdedah dengan risiko jantung. Mereka dalam proses tumbesaran. Organ-organ mereka sedang terbentuk. Ada yang dijadikan sempurna dan pasti ada yang dijadikan tidak sempurna. Seorang anak kawan seorang penulis blog yg saya kenali mengalami masalah jantung.  Pada masa lahir, dia nampak macam bayi biasa. Namun bila sudah berusia dua tahun, barulah dapat dikesan jantungnya berlubang. Bil hospital sahaja sudah RM38,000. Makanan supplement pula RM3,000 sebulan. Apa akan jadi pada anak ini jika ayahnya tidak mengambil kad perubatan & tidak di assurekan (tiada polisi insurans)? Jika diikutkan sunnatullah, saya berani katakan dia akan kehilangan nyawa anak jika tidak mendapatkan perubatan & supplement yang sepatutnya. Banyak lagi kes PERJUDIAN NYAWA yang kita biasa baca di dada akhbar, yang kita dengar di corong radio dan yang kita lihat di kaca televisyen.  Pelbagai kes berlaku hampir setiap hari di seluruh dunia..

Kisah benar yang pernah ditulis oleh wartawan di media massa – Adik Atiqah memerlukan RM265,000 untuk kos rawatan jantungnya. Ayahnya berusaha sedaya upaya mencari sumber kewangan kerana tahu nyawa anaknya terancam jika tidak mendapatkan rawatan. Namun, ayahnya gagal mendapatkan dana sebanyak itu. Derma yang diperolehi pun tidak sampai 10%. Kini, Adik Atiqah telah PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA.

Anda fikirlah apa akan jadi pada mereka, anak-anak kita, ahli keluarga kita, orang yang kita sayangi, mereka yang berada disekeliling kita, sekiranya mereka tidak mendapat dana yang mencukupi bagi menanggung kos perubatan semata-mata untuk kembali sihat seperti sedia kala ataupun sekurang-kurangnya masih dapat menikmati kehidupan bersama anda walaupun hanya baring di katil.

 

2. Risiko Kehilangan Kesihatan Anak Kita

gambar hiasan

Ada penyakit yang tidak membawa maut, tetapi peluang untuk kembali sihat sangat tipis tanpa menjalani rawatan contohnya KANSER TAHAP 1. Sanggupkah kita melihat anak kita hanya terbaring? Relakah kita jika anak kita tidak dapat merasai nikmat bermain & bergembira bersama rakan-rakannya?

 

3. Kehilangan Insan Yang Amat Disayangi

gambar hiasan

Umat Islam adalah umat yang memberi, bukan menerima. Sebagaimana sabda Nabi SAW “tangan yang diatas adalah lebih baik dari tangan yang berada dibawah”. Sikap meminta-minta untuk hal peribadi (seperti membiayai rawatan) tidak pernah ada dalam ajaran Nabi kita SAW. Sebaliknya, nabi sendiri berniaga, sanggup menahan lapar sehingga mengikat batu kerana tidak mahu meminta-minta.

Teringat saya hadis yang diiriwayatkan dari Sahabat ‘Abdullah bin Umar Radhiyallahu ia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

مَا زَالَ الرَّجُلُ يَسْأَلُ النَّاسَ، حَتَّى يَأْتِيَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَيْسَ فِيْ وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ.
“Seseorang senantiasa meminta-minta kepada orang lain, ia akan datang pada hari Kiamat dalam keadaan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya”.

Inilah balasan bagi orang yang meminta-minta. Di Hari kiamat Allah datangkan kita di Padang Mahsyar dengan ‘less’ daging. Lagi kuat kita meminta-minta, lagi banyaklah daging kita yang kurang.

Dari segi hukum logik, sekiranya kita sendiri tidak menderma@menyimpan untuk anak-anak (Assure/Insured) kita, adakah kita yakin orang lain akan menderma@menyimpan untuk anak-anak kita?

Apa yg mula terlintas difikiran anda? Perlukah anda berdiam diri? Apa tindakan yang perlu anda buat selepas ini? Tanya diri anda.  Saya hanya mampu membantu anda menyediakan permohonan untuk mendapatkan Kad Perubatan serta jaminan insurans yang anda sendiri pilih untuk anak-anak anda.  Hanya perlu hubungi saya untuk pertanyaan lanjut.

Zulhafizan Bin Jamel | 0168584305 | zulhafizan079@prupartner.com | Wealth Planner (Prudential)

Tagged , , , , , , ,