Cerita Gula..

Gula Naik Lagi??? Jangan Panik!!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ini cutting paper lama..keratan akhbar pada 15/11/2009, The Star, muka depan. Mungkin ada yang perasan dan apa yang saya perhatikan, The Star memang selalu bagi info yang berguna kepada orang ramai terutamanya untuk bacaan hujung minggu.  Banyak lagi artikel yang saya perolehi daripada The Star cuma belum berkesempatan untuk dikongsikan bersama disini.  Hari ini saya nak kongsikan berkenaan gula sbb tertarik dengan status aunty saya di facebook beliau yang berkaitan GULA.
(Jangan risau, anda bukan salah website..anda ditempat yang betul).

Mesti pelik bukan..apa kaitan GULA dengan blog ni?? Sebab blog ini tempat saya buat perkongsian yang memfokuskan kepada pendidikan dan pendedahan tentang insurans (of course menjurus kepada produk daripada Prudential)..

Sebelum soalan anda itu saya jawabkan, mari kita baca, bincang dan lihat dulu apa isi yang cuba disampaikan oleh The Star ni.

Muka hadapan, part yang paling penting..muka belakang, belakang cerita ok..hehe..Saya pasti semua rakyat Malaysia sudah sedar dan mengetahui fakta dan informasi bahawa kes kematian disebabkan oleh gula lebih tinggi daripada kadar kematian akibat kes kanser dan AIDS….

Gula memang penting untuk tubuh badan kita, tapi bila di ambil berlebihan atau apabila kita semakin tua, kadar insulin yang dihasilkan oleh tubuh kita semakin berkurangan, sedangkan kadar pengambilan gula kita tak pernah kurang, malah kita kurang bersenam, menyebabkan gula dalam darah akan bertambah…jadi ibu segala penyakit (part ni saya selalu dengar bukan sahaja dari mulut doktor sendiri bahkan daripada org ramai yang sedia maklum info berkenaan).

Ibu segala penyakit?….Dulu saya langsung tak paham..itu dulu..tapi sekarang baru saya faham…Bila dah ada kencing manis, sakit jantung pun boleh datang, dan darah tinggi pun akan singgah…tak cukup itu, lepas tu….penyakit buah pinggang pun senang nak melekat…Saya tak nak cerita panjang lebar bab tu sebab anda boleh dapatkan lagi info lanjut berkenaan artikel dari keratan akhbar ni atau search kat website The Star, archive, mungkin anda boleh jumpa lagi berita ini.

Ok, apa yang saya nak cerita adalah, kaitannya dengan Insurance atau dengan lebih spesific Medical Card.  Ini pengalaman saya, pada 3 bulan lepas, ada seorang client nak mohon/apply insurans+medical card.  Umur beliau dalam lingkungan awal 30-an. Dalam 2-3 tahun lepas pernah suspect batu karang, tapi dah clear (tanpa operation). Hanya ikut jadual makan ubat, tunggu batu karang pecah and keluar ikut salur kencing. Jadi, disebabkan oleh itu, client berkenaan ada rekod kat hospital panel Prudential.

Since tak buat pembedahan/operation, beliau kena buat urine test and the result, semua ok (clear from batu karang)..TAPI timbul masalah lainlah pulak.  Beliau disahkan ada glucose dalam air kencing..So, kena buat blood test pulak.  Sekali blood test siap dia punya laporan, bacaan gula nearly 7.0.  Akibatnya, decline medical card.  Appeal punya appeal, try mohon punya mohon pun tak dapat.  Jadi, itu lah hakikatnya…

Saya memang sedihlah jugak sebab tak dapat nak membantu client dapatkan medical card.  Tapi, nak buat macam mana kan..Anda semua sudah sedia maklum bahawa syarikat insurance/takaful bukanlah wellfare/badan kebajikan, diaorang ni buat business.  Perniagaan/Business cover orang yang sihat apabila diorang sakit. Bukan dah sakit baru nak dicover…

Daripada pengalaman dan kajian yang dibuat (saya buat kajian jugak tau..), average/purata, kalau dah cecah umur 40-an, biasanya kandungan gula dalam darah dah mula tinggi (tak semua lah..yang pastinya macam tu lah).  Jadi, better cari medical card secepat mungkin sebelum kena buat ME (medical examination) wajib selepas umur 55 tahun.

DAN..kepada yang kerja dengan syarikat yang ada menyediakan kemudahan medical card, mungkin anda akan kata, tak perlu lah sebab sekarang ini company dah cover…YA! betul, tapi bila dah company tak cover (bersara wajib) dan kalau masa tu dah pernah dapatkan rawatan masa kat kerja kat company lama disebabkan kena kencing manis, kemungkinan besar utk jadi kes mcm yang saya cerita di atas adalah sangat tinggi. So, bersedia sebelum ianya berlaku…😀

 

Zulhafizan Jamel  |  PAMB

Rakan Insurans Bertauliah Anda!!

 

Tagged , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: