Kenali lebih dekat apa itu Insurans/Takaful nyawa (life insurance)..

Apa itu insuran nyawa/takaful nyawa (life insurance)?

Menanggung anda dan nyawa anda terhadap risiko kematian,kesakitan,ketidakupayaan dan memasuki wad hospital.

Apa itu kad perubatan Prudential (medical card)?

Kad perubatan/medical card ialah pelan yg memberikan perlindungan KOMPREHENSIF dengan cara membayar segala kos perubatan anda tanpa menggunakan wang tunai. Dapatkan ketenangan jiwa bila anda benar-benar memerlukannnya!

Bagaimana Kad Perubatan Prudential Berfungsi?

Jom kita ikut cerita ini…

Bermula dengan cerita Encik Azman.  Azman berumur 25 tahun dan bekerja sebagai seorang Jurutera di Kuching, Sarawak.  Gaji RM2500 sebulan.  Cukup makan cukup pakai.  Azman menyimpan RM500 sebulan untuk perancangan perkahwinannya untuk 5 tahun lagi.  Jadi Azman akan ada RM30K pada 5 tahun kemudian.

Cukup 5 tahun, Azman sudah ada RM30K.  Tiba-tiba panas cerah yang dirasa tidak sampai ke petang.  Azman mengalami tekanan darah tinggi. Dia berjumpa dengan doktor pakar dan doktor menasihatkannya untuk melakukan pembedahan kerana arteri Azman telah tersumbat kerana kolesterol.  Biasalah orang bujang, selalu makan di kedai mamak dan kurang bersenam.

Azman memerlukan RM50K untuk pembedahan, mana nak cari ya? Tiada cara lain, Azman terpaksa keluarkan simpanan perkahwinannya RM30K dan berhutang dengan kawan- kawan dan saudara mara RM20K.

Alhamdullilah, semuanya ok. Tetapi Azman terpaksa tangguhkan perkahwinan, malah terpaksa berhutang.  Adakah ini hidup yang anda mahukan??? Pasti tidak bukan??

 

Bagaimana jika Ali ada kad perubatan Prudential?

Azman menyimpan RM300 untuk perkahwinan dan RM200 untuk insurans & kad perubatan.  Cukup 5 tahun Azman ada RM18k.  Masalah pembedahan RM50K selesai dengan kad perubatan.  Kad perubatan Azman mempunyai had sebanyak RM1 juta.  Azman boleh mengunakan kad perubatannya & mendapat perubatan terbaik tanpa perlu risau berapa kos nya.

Selesai pembedahan, Azman mampu melangsungkan perkahwinannya dengan RM18K. Cukup atau tidak RM18K?

RM200 sebulan yang Azman bayar untuk insurans & kad perubatan bukan sekadar bayaran, malah ia adalah simpanan dan pelaburannya.  Setelah 5 tahun bersama Prudential, Azman mempunyai RM10K di dalam insurans & kad perubatannya.  Azman boleh mengeluarkan wang ini untuk belanja perkahwinannya, RM18K(simpanan biasa) + RM10K(simpanan dalam insurans & kad perubatan) = RM28K.

Kahwin dapat.  Sekarang dah sihat.  Hutang pun tiada… 🙂

 

Apa manfaat lain yang Ali dapat dengan RM200 sebulan dengan Insuran & kad perubatan dari Prudential?

Pampasan Kematian

Pampasan RM100K jika berlaku kematian/cacat kekal
Pampasan RM100K jika kematian/cacat kekal  disebabkan kemalangan

 

Kad Perubatan Prudential

Dana kecemasan RM1,000,000 untuk bayaran perubatan.

Penyakit biasa seperti demam panas, h1n1, denggi, sakit mata atau apa-sapa sahaja penyakit & kemalangan seperti jatuh dan sebagainya, yang menyebabkan di hospitalkan, semua akan dicover bukan sekadar penyakit kronik.

*belum lagi termasuk PRUclinic care – kad khas utk kegunaan penyakit ringan (minor)..Nilai Rm1,500 setahun, boleh guna di 1900 buah klinik seluruh negara.

 

Elaun Harian Wad

Azman juga akan mendapat RM300 sehari jika diwadkan ke dalam hospital sebagai elaun harian di wad. Contoh: Azman duduk dalam wad selama 7 hari = 7 x 300 = RM2100.  Selain itu,Azman juga mendapat elaun pembedahan sebanyak RM2500.  Jumlah keseluruhan elaun yang Azman dapat ialah RM2100+RM2500=RM4600.  Semua elaun ini akan dibayar oleh PRUDENTIAL kepada Azman.

 

Pampasan 36 Penyakit Kritikal

Jika Ali terkena salah satu daripada 36 penyakit kritikal,dia akan mendapat RM50k secara tunai.

 

Penyakit Kritikal

1 – Serangan jantung
2 – Penyakit koronari arteri(saluran darah) yang memerlukan pembedahan.
3 – Strok.
4 – Kanser.
5 – Kegagalan ginjal (buah pinggang).
6 – Punyakit lumpuh / paraplegia.
7 – Pemindahan organ utama (buah pinggang, paru-paru, hati, jantung, sum-sum tulang)
8 – Sklerosis pelbagai / berbilang (saraf)
9 – Hepatitis virus fulminan (kegagalan hati).
10- Hipertensi arteri pulmunari utama (saluran jantung utama).
11- Koma.
12- Buta.
13- Penggantian injap jantung.
14- Pembedahan aorta.
15- Penyakil alzheimer (mental).
16- Hilang pendengaran / pekak.
17- Hilang kebolehan bertutur.
18- Kebakaran parah (sekurang-kurangnya 20 % permukaan badan).
19- Penyakit membawa maut.
20- AIDS akibat pemindahan darah (bukan seksual atau dadah).
21- Penyakit motor neutron.
22- Penyakit Parkinson.
23- Penyakit hati yang kronik.
24- Penyakit paru-paru yang kronik.
25- Anemia plastik (kegagalan sum-sum tulang).
26- Distrofi otot.
27- Poliomielitis (virus polio).
28- Meningitis bakteria.
29- Tumor otak benigna (otak).
30- Ensefalitis (otak).
31- Full blown AIDS.
32- Lain-lain penyakit koronari arteri yang serius.
33- Pembedahan otak.
34- Sindrom apalik (otak).
35- Trauma kepala utama.
36- Kehilangan tangan atau kaki.

 

Polisi Insuran & Kad Perubatan PERCUMA

Jika Azman terkena salah satu dari 36 penyakit kritikal atau cacat kekal, dia tidak lagi perlu membayar RM200 sebulan sampai bila-bila kerana PRUDENTIAL akan bayarkan untuk Azman supaya dia akan terus menikmati manfaat seperti sedia kala.

Berminat?

Sila hubungi saya di sini atau tinggalkan butiran anda di bawah dan saya akan hubungi anda semula dengan secepat mungkin.

Leave a comment