Kewangan Anda Selamat dan Terjamin?? Anda Pasti ??

Sebelum saya teruskan utk tips kali ini berkenaan tajuk posting pada kali ini, sila jawab soalan saya…

Adakah anda mempunyai satu pekerjaan sahaja atau hanya mempunyai satu sumber pendapatan sahaja?

Jawab dulu… tapi dalam hati je lah..

Para pembaca yang budiman, sahabat handai serta saudara saudari sekalian…

Ramai yang masih merasakan dengan memiliki satu pekerjaan, hidup mereka terjamin dan selamat serta tiada masalah kewangan..

Tetapi hakikatnya..

Terdapat 3 perkara penting yang akan memberikan ’keselesaan’ yang berpanjangan dan InsyaAllah anda tidak akan berdepan dengan masalah kewangan lagi selepas ini…

3 perkara penting tersebut ialah:

1# Mempunyai simpanan kecemasan yang cukup!

Simpanan kecemasan ini bertujuan untuk menjadi ’backup’ sekiranya anda diberhentikan kerja kelak. Bukannya mudah untuk mendapat pekerjaan baru ketika ini. Jadi, simpanan kecemasan yang mesti anda miliki ialah sekurang-kurangnya 3 bulan pendapatan dan sebaik-baiknya 6 bulan pendapatan bulanan anda.

2# Sumber pendapatan kedua!

Pendapatan kedua ini bukanlah semata-mata untuk menambahkan pendapatan anda atau untuk menjadi kaya dengan lebih cepat sebaliknya ia merupakan ’backup’ juga apabila berlaku situasi seperti yang tidak dijangka..

Contohnya:-

– Dibuang kerja untuk mengurangkan kos syarikat
– Syarikat bangkrup/gulung tikar
– Dipecat kerana salah laku dan masalah disiplin
– dan masalah-masalah lain

Ingat! Jangan terlalu bergantung kepada kerja makan gaji kerana kuasa bukan di tangan anda sebaliknya di tangan majikan!

3# Nilai insurans yang cukup!

Pepatah kata.. “sediakan payung sebelum hujan” amat sesuai dan seringkali digunakan untuk dikaitkan dengan insurans ini. Jangan ragu-ragu untuk mengambil insurans kerana ianya merupakan pelindung kepada harta dan kewangan anda.

Misalnya.. kereta anda hilang, rumah terbakar, anda sakit dan terpaksa mendapat rawatan pakar di hospital.. sekurang-kurangnya insurans dapat menampung sebahagian daripada mala petaka kewangan yang berlaku ke atas anda dan keluarga!

NOTA : Insurans bukan pelaburan tetapi ia merupakan alat untuk melindungi harta dan kewangan anda dan ianya juga boleh menjadi platform utk perlaburan yg mungkin anda tidak tahu lagi kemampuannya.

Diharapkan tip kali ini membuka mata anda bahawa tidak semestinya bekerja makan gaji boleh menjamin
keselamatan di dalam kewangan anda.

–—>> Zulhafizan Bin Jamel ialah Wealth Planner / Perunding Investment-Linked Insurance Bertauliah dari Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB). Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang perancangan kewangan, investment-linked insurance dan kad perubatan, boleh hubungi beliau di 016-858 4305 atau emailkan di zulhafizan079@prupartner.com.my / dzulfotografi@yahoo.com untuk temujanji terutamanya buat anda yang berada di sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Bagi anda yang berada dibahagian-bahagian lain, temujanji boleh diatur sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal untuk memudahkan perjalanan ke tempat anda.

Tagged , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: