Isteri vs Balu..

Mungkin sebelum ini anda pernah terbaca atau mendengar cerita berkenaan tajuk yang saya akan tulis pada kali ini. Tapi kali ini ianya berdasarkan pengalaman yang saya lalui sendiri dan ianya bukan sekali tapi berkali-kali berulang.  Ragam serta karenah orang pelbagai dan kita hanya perlu layan dan ikut apa yang mereka mahu.

Perkara seperti ini bukan hanya terjadi pada diri saya sendiri bahkan juga saya pasti ianya pernah juga dilalui oleh mereka yang sama dalam bidang yang saya ceburi sekarang dan ini membuatkan saya untuk berkongsi pengalaman yang pernah saya lalui baru-baru ini.

Setelah panjang lebar penjelasan serta soal jawab antara saya dan pelanggan, akhirnya pelanggan membuat kata putus untuk meneruskan niat untuk mendapatkan pelan perlindungan sepertimana yang disyorkan.  Tetapi, apa yang selalu memeranjatkan saya, kata putus tersebut hanya selepas beliau balik untuk bertanyakan kepada isterinya.  Tidak salah perlakuan demikian kerana beliau bukan lagi hidup membujang.

Jadi, hasil dari pemerhatian saya kepada beberapa ragam yang sama berlaku, si isteri mempunyai dua jawapan sahaja.  Pertama, si isteri akan bersetuju dan kedua, si isteri tidak bersetuju.

Apa yang saya dapat katakan hanyalah,” Encik A, saya memang bersetuju encik bertanya kepada isteri encik untuk membuat keputusan ini.  Tetapi, biar saya ceritakan sedikit pengalaman saya tentang kebanyakkan si isteri..(bukan bermaksud saya pernah berisiteri banyak atau bertukar-tukar isteri).  Sebahagian besar si isteri tidak akan bersetuju dan beranggapan melabur di dalam insurans/takaful sebagai satu petanda tidak baik.”

“Mereka lebih suka untuk memujuk suami mereka untuk melabur di tempat lain atau membeli lebih banyak barang kemas untuk mereka (bukan semua isteri seperti ini).  Seorang isteri mempunyai hak untuk mengatakan sedemikian tetapi tidak kepada seorang balu.”

“Jika anda pernah bertemu seorang balu,(anda boleh cuba tanya kenalan/saudara anda yang mungkin juga seorang balu) kemungkinan besar anda tidak akan mendengar mereka berkata yang suami mereka tidak perlukan insurans/takaful. Golongan yang pernah bergelar isteri ini (kini sebagai balu), mereka hanyalah mengambil berat tentang bilakah masa untuk menerima pampasan dan pada jumlah yang berapa banyak. Mereka juga tidak ambil tahu apakah jenis polisi ataupun daripada syarikat mana polisi berkenaan di ambil. Mereka hanya mengambil berat berapakah jumlah dan berapa lama masa yang akan diambil untuk menerima wang tersebut. Mereka berharap suaminya, jika berkemampuan, kalau boleh membeli lebih banyak lagi polisi..”

Jadi, adakah perlu seorang suami bertanya kepada isterinya tentang pembelian insurans hayat/takaful?  Jika terdapat keperluan untuk berbincang dengannya, maka adalah lebih baik jika si isteri ada bersama semasa perbincangan dengan wakil insurans yang anda jumpa.

Walau bagaimanapun, jika anda boleh putuskan sendiri, maka insurans/takaful akan menjadi hadiah kasih sayang yang terbaik buat isteri anda!

Saudara/saudari, rakan-rakan sekalian, satu lagi senario ialah apabila anda mahu berbincang dengan isteri anda tentang mengambil polisi insurans/takaful dan pada ketika itu bukan senang untuk dia membuat keputusan. KENAPA ??

Sebabnya, kemungkinan :

1. Jika isteri anda meminta anda untuk membeli polisi insurans/takaful, dia mungkin bimbang bila anda sakit, isteri anda terlupa untuk bawakan ubat untuk anda, anda mungkin syak yang isteri anda mahu anda meninggal lebih cepat.(mungkin kita akan bersyak wasangka seperti itu)

2. Jika isteri anda nasihatkan anda supaya jangan membeli insurans/takaful, bayangkan jika kematian mengejut terjadi ke atas diri anda, bagaimana isteri anda berhadapan dengan pertanyaan anak anda yang mana mungkin bertanya kenapa ayah mereka tidak mengambil berat serta memastikan mereka boleh menyambung pelajaran mereka atau untuk terus tinggal di rumah mereka sekarang.

En. A, rakan-rakan serta saudara saudari sekalian, tidakkah anda terfikir adakah adil untuk isteri anda katakan ya atau tidak??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: