Lakukan lebih banyak hanya dengan satu pelan..

Keratan Akhbar : 95,955 pencarum KWSP keluarkan RM690 juta biayai rawatan penyakit kritikal

KUALA LUMPUR: Seramai 95,955 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengeluarkan simpanan mereka yang berjumlah RM690 juta melalui skim Pengeluaran Kesihatan sejak 16 tahun lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, skim Pengeluaran Kesihatan bertujuan membantu pencarum KWSP menanggung kos rawatan perubatan bagi penyakit kritikal yang dihidapi pencarum dan keluarga mereka.

Beliau berkata, mulai 15 Jun lalu, KWSP memperluaskan senarai penyakit kritikal yang diluluskan bagi pengeluaran ini daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit dan tiga penyakit untuk remaja bawah 16 tahun, sama seperti yang diamal syarikat insurans. “Antara penyakit itu ialah kanser, penyakit hati kronik, kegagalan buah pinggang, serangan jantung, asma dan leukemia,” katanya ketika menjawab soalan Senator Lee Cheam Choon pada persidangan Dewan Negara di sini.

Awang Adek berkata, skim yang diperkenalkan pada 1994 itu banyak meringankan beban kewangan pencarum untuk menanggung kos rawatan perubatan kritikal dan mempercepatkan rawatan yang diterima.

“Di bawah pengeluaran ini, ahli dibenar mengeluarkan simpanan dalam Akaun 2 bagi tujuan membiayai kos rawatan penyakit kritikal yang diluluskan yang dihidapi oleh pencarum dan anggota keluarganya.

“Mereka termasuk suami atau isteri pencarum, anak-anak, ibu bapa, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat yang sah, ibu bapa mertua, anak angkat yang sah dan adik-beradik. Kos rawatan yang dibenarkan adalah kos yang tidak dibiayai oleh majikan,” katanya. – BERNAMA

Mengapa perlu anda menggunakan wang anda sendiri??

Mengapa tidak biarkan PRUDENTIAL membantu anda lakukan semuanya??

Hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: