Siapa tak nak beli rumah..kan??

Semakin hari semakin rancak pembangunan disekitar kita..Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang terlalu sibuk untuk memikirkannya..Persoalannya, jika di tanya, adakah anda memiliki impian untuk membeli rumah idaman?  Semua mst ada jawapannya yang tersendiri.  Pendek kata, siapa yang tak nak beli rumah kan..??

Tengok ni..rumah macam ni rasa-rasanya dah cecah juta kalau ikut harga pasaran sekarang ni..Mereka yang mampu tak jadi masalah untuk memilikinya kan…TAPI…ada tapi tu..jap, teruskan dulu yang ni…

Yang dibawah ni pulak, rasa-rasanya ramai dah mampu sekarang ni walaupun dah hampir sejuta tu..bekerja keras dan usaha gigih nampak kat situ..hasilnya dapat selesa duduk dalam rumah ni..wahhh…best kan..

Bagi mereka yang dalam kategori yang tengah nak upgrade tu, dapat duduk kat rumah macam ni pun rasanya dah cukup bagus..terlepas jugak dari panas terik dan hujan lebat kan..bersyukur dengan apa yang ada pada hari ini..Sekarang ni banyak dah rumah seperti ini dibina untuk mereka yang kurang berkemampuan..

Sekarang saya nak sambung part TAPI tadi tu..sebelum nak beli, adakah kita sudah fikirkan tentang ‘insurance coverage’ bagi rumah tersebut?? Adakah anda tahu strategi perlaburan hartanah yang anda sedang lalui..??

Sila fikirkan semula..jgn sekali dua, fikirlah banyak-banyak kali sebelum bertindak untuk melabur dalam bidang hartanah ini (beli rumah pun kira melabur jugak lah..) kerana, jika anda, saya, kita semua tak mempunyai jumlah perlindungan insurans yang mencukupi, tak kiralah tujuan utama membeli hartanah/rumah untuk dilaburkan semula, ataupun rumah pertama, rumah keluarga dan apa jua tujuan lain, kita mungkin akan berhadapan dengan masalah yang tidak diduga satu hari nanti.

MENGAPA PELABUR HARTANAH/PEMBELI RUMAH PERLU ADA KAD PERUBATAN DAN INSURANS HAYAT?

Kos perubatan semakin hari semakin meningkat dan ianya menjadi trend dari tahun ke tahun..inflasi dalam kos perubatan dengan mudah meningkat sebanyak 10% seperti yang dilaporkan di kebanyakan majalah-majalah kewangan tempatan dan juga dalam media/surat khabar tempatan.  Dalam pada itu, perancangan insurans menjadi topik bualan hangat dan menjadi perhatian orang ramai yang mahukan perlindungan yang terbaik untuk digunakan apabila tiba masa untuk bersara nanti.

Nak buat perancangan utk saat bersara bukannya dimulakan setahun dua nak sampai masa bersara ok..inya perlu bermula sekarang..ketika kita masih muda dan masih sihat..

KISAH BENAR :  Ayah kepada rakan saya akan menjalani pembedahan ‘bypass’ jantung di salah sebuah hospital pakar di negara ini.  Jumlah yang dianggarkan adalah sekitar Rm40,000.  Apa yang sedihnya, jumlah yang perlu disediakan adalah dibawah had kad perubatan yang beliau miliki.  Jadi, anda dapat ramalkan apa yang bakal berlaku sekiranya jumlah berkenaan tidak dapat dikumpul dan sekiranya dapat sekalipun, yang pastinya penambahan bebanan akan berlaku..Inilah yang kebanyakan isi rumah di Malaysia sedang alami terutamanya kepada mereka yang tidak mempunyai jumlah perlindungan insurans yang mencukupi dan tidak di rancang dengan teliti.

Sama ada memilih untuk menggunakan platform MRTA ataupun MLTA, kedua-duanya adalah sama, direka khas untuk menyelesaikan hutang bulanan rumah/pinjaman rumah sekiranya berlaku ‘sesuatu’ yang tidak di ingini kepada diri kita.

Oleh kerana itu, pilih pakej insurans rumah yang terbaik yang memenuhi keperluan anda untuk mengelakkan keluarga anda ditimpa musibah dan terus merana hanya kerana dibebani hutang rumah dan hutang lapuk yang lain.

Fikirkan orang yang anda sayangi dan melaburlah dengan bijak untuk mengurangkan risiko.

Selamat Membeli Rumah dan Selamat Berpuasa…

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: